awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ketiadaan Mat Yo undang tanda tanya

Bernama
Bernama
19/02/2014
23:30 MYT
Ketiadaan Mat Yo undang tanda tanya
Ketiadaan kelibat penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha pada sesi latihan hari pertama skuad Harimau Malaya hari ini di padang latihan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjadi tanda tanya.
Pengendali sementara skuad Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee berkata sebagai pemain profesional, Norshahrul sepatutnya melaporkan diri pada hari pertama sesi latihan.
"Ini bukan kali pertama beliau dipanggil dalam skuad kebangsaan, sepatutnya beliau lapor diri dulu. Beliau perlu memberikan surat rasmi (tidak hadir latihan) bukan secara lisan sahaja," katanya kepada pemberita ketika ditemui di padang FAM, Kelana Jaya di sini pada Rabu.
Antara pemain skuad Harimau Malaya yang melapor diri ialah Mohd Baddrol Bakhtiar, Mohd Farizal Marlias, Mohd Safee Mohd Sali, Safiq Rahim, Mahalli Jasuli, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak, Khairul Fahmi Che Mat dan Mohd Badhri Mohd Radzi.
Selain Norshahrul, seorang lagi penyerang kebangsaan Mohd Amri Yahyah turut tidak hadir kerana masalah peribadi.
"Amri ada beritahu saya beliau tidak dapat hadir hari ini kerana masalah keluarga jadi kita tunggu perkembangan mereka," katanya.
Kim Swee berkata beliau lebih memberi penekanan pada bahagian pertahanan dan skuad kebangsaan tidak mempunyai masalah di bahagian serangan.
"Selain Mat Yo (Norshahrul), skuad masih ada penyerang seperti Mohd Safee Mohd Sali, Bobby Gonzales, Amri, Ahmad Fakri Saarani...yang penting adalah di barisan pertahanan," katanya.
Skuad Harimau Malaya membuat persiapan menentang Yemen pada perlawanan terakhir pusingan kelayakan Piala Asia 2015 di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), 5 Mac ini.
Topic Berkaitan
#FAM
#harimau Malaya
#Mat Yo
#Ong Kim Swee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan