awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khabib dan keluarga pilih Mekah sambut kedatangan Syawal

Hilmi Ismail
Hilmi Ismail
04/06/2019
09:22 MYT
Khabib dan keluarga pilih Mekah sambut kedatangan Syawal
Selain Khabib (tengah) dan bapanya, beberapa petarung MMA dari Dagestan turut berada Mekah ketika ini. - Foto Instagram/@khabib_nurmagomedov
JUARA lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov memilih untuk menghabiskan penghujung Ramadan dan menyambut kedatangan Syawal di tanah suci Mekah, Arab Saudi.
Khabib, 30 tahun dipercayai tiba di Mekah untuk menunaikan ibadah umrah beberapa hari lepas selepas memuat naik gambarnya yang lengkap berihram di laman Instagram miliknya.
Bapa Khabib, Abdulmanap Nurmagomedov juga dilihat berada di sana bersama Khabib.
Selain Khabib dan bapanya, beberapa petarung seni bela diri campuran (MMA) dari Dagestan, Rusia turut berada Mekah ketika ini - antaranya Islam Makhachev, Zabit Magomedsharipov, Usman Nurmagomedov, Umar Nurmagomedov dan Tagir Ulanbekov.
BACA: Pasukan Khabib sudah mula kem latihan untuk UFC 242?
BACA: Ramadan waktu 'berehat', Khabib kembali aktif September nanti
BACA: Di usia 56 tahun, bapa Khabib masih mampu 'tumbangkan' anaknya
Khabib kini sedang menjalani ibadah puasa, dan sedang berehat dari sebarang aksi pertarungan selain digantung perlawanan susulan insiden pergaduhan yang berlaku di UFC 229.
Dia didenda sebanyak AS$500,000 (RM2,053,953) dan digantung perlawanan selama sembilan bulan, manakala pesaingnya Conor McGregor pula didenda AS$50,000 (RM205,355) dan digantung perlawanan enam bulan.
Topic Berkaitan
#akhir Ramadan
#Dagestan
#Islam Makhachev
#juara lightweight UFC
#Khabib Nurmagomedov
#Mekah
#Mixed Martial Arts
#MMA
#seni bela diri campuran
#syawal
#UFC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan