Khabib, McGregor muncul dalam klip ala Super Mario Bros

Haider Yutim
Disember 25, 2019 14:22 MYT
Klip itu menyaksikan Khabib sebagai watak seakan-akan 'Mario' menewaskan beberapa ekor beruang sebelum bertemu musuh tradisinya, Conor McGregor. - Foto Instagram/RT Sport
SEBUAH klip parodi bertemakan permainan video 80-an Super Mario Bros yang menampilkan juara lightweight UFC Khabib Nurmagomedov dalam bentuk 8-bit muncul di media sosial baru-baru ini.
Klip berdurasi 50 saat berjudul 'Super Khabib Bros' itu menyaksikan Khabib menewaskan beberapa ekor beruang sebelum bertemu musuh tradisinya, Conor McGregor.
Dalam video tersebut, jaguh Russia dari Dagestan itu juga berjaya menewaskan McGregor sekali gus meraih tali pinggang kejuaraan UFC.
Klip yang dimuat naik menerusi akaun media sosial RT Sport itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen termasuk peminat sukan seni bela diri campuran (MMA) yang rata-rata terhibur dengan video tersebut.

Super Khabib Bros. PART ONE: Dagestan and @TheNotoriousMMA fight pic.twitter.com/NsNE3skVFM

— RT Sport (@RTSportNews) December 23, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA: Sah! McGregor kembali beraksi Jan tahun depan menentang 'Cowboy' Cerrone
BACA: UFC: Tony Ferguson mahukan Khabib... Disember ini
BACA: Khabib tumpaskan Poirier, kekalkan kejuaraan lightweight UFC
Persaingan di antara Khabib dan McGregor wujud sejak pertembungan mereka di UFC 229, Oktober lalu.
Pertarungan itu berakhir dengan McGregor ditundukkan menerusi 'submission' (kuncian) pada minit 3.03 pusingan keempat.
Namun, selepas pertarungan, Khabib tiba-tiba naik angin dan membaling 'mouthpiece' ke arah cornerman McGregor.
Dia kemudiannya melompat keluar dari gelanggang dan menyerang orang dari pasukan McGregor.
Menurut Khabib, tindakan itu dilakukan selepas dia dihina berbulan-bulan oleh McGregor termasuk serangan bas di Brooklyn.
Susulan insiden tersebut, Khabib dan McGregor telah didenda dan digantung pertarungan oleh Suruhanjaya Atlet Negeri Nevada (NSAC).
Khabib didenda sebanyak AS$500,000 (RM2,053,953) dan digantung selama sembilan bulan, manakala McGregor pula didenda AS$50,000 (RM205,355) dan digantung enam bulan.
#Conor McGregor #juara lightweight UFC #Khabib Nurmagomedov #Mixed Martial Arts #MMA #RT Sport #Super Mario Bros #UFC