awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khairy mungkin cari penganjur baharu LTdL

Astro Arena
Astro Arena
24/09/2015
02:00 MYT
Khairy mungkin cari penganjur baharu LTdL
KHAIRY: Apabila nilai mata wang asing meningkat, kos pun melambung tinggi.
Berikutan kos penganjuran acara lumba berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) semakin meningkat, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin akan mempertimbangkan sama ada meningkatkan geran kerajaan atau mencari penganjur baharu bagi LTdL 2016.
"Saya sedang membuat pertimbangan kerana penganjur menyatakan mereka tidak dapat menganjurkannya dengan geran RM10 juta ekoran peningkatan kos dan kadar tukaran wang asing.
"Bagi menganjurkan LTdL, kita kena bayar yuran penampilan kepada pasukan bertaraf antarabangsa. Kalau tidak, kita tidak dapat (menganjurkan) acara bertaraf dunia.
"Apabila nilai mata wang asing meningkat, kos pun melambung tinggi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Festival Score FitMob di Kolej Universiti KDU, di sini pada Rabu.
Khairy berkata kos penganjuran jelajah bernilai RM20 juta itu dikurangkan kepada RM10 juta tahun lepas, selepas penganjur swasta Human Voyage Sdn Bhd yang di­naungi Datuk Abdul Malik Mydin, dilantik bagi menganjurkan perlumbaan itu.
Dalam pada itu, beliau mengesahkan Cabaran Basikal Bukit Antarabangsa Langkawi (LIMBC) 2015 yang dijadualkan dari 18 hingga 24 Okt, dibatalkan berikutan penganjur yang sama itu tidak mampu mencari dana mencukupi.
"Malik datang jumpa saya, beliau kata dalam keadaan ekonomi yang tidak begitu baik, beliau ada masalah dengan penajaan dan terpaksa batalkan acara itu," katanya.
Topic Berkaitan
#Festival Score FitMob
#Khairy Jamaluddin
#Kolej Universiti KDU
#LTdL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan