Ketua jurulatih skuad bola sepak Bawah 23 (B-23) negara, Datuk Ong Kim Swee menggugurkan dua lagi pemain, sekaligus melengkapkan senarai 20 pemain yang akan mewakili negara pada Sukan Asia 2018 di Indonesia, minggu depan.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan memaklumkan Kim Swee menggugurkan penjaga gol Kuala Lumpur, Khatul Anuar Md Jalil dan pemain pertahanan PKNS FC, Rodney Celvin Akwensivie, namun memanggil kembali penyerang Johor Darul Ta'zim II, Hadi Fayyadh Abdul Razak yang baru pulang dari sesi percubaan di Jepun, baru-baru ini.
Kim Swee sebelum ini terpaksa menggugurkan penyerang Negeri Sembilan, N. Thanabalan selepas ujian MRI pada 9 Ogos lepas mendapati kecederaan lututnya memerlukan tempoh lebih lama untuk pulih.
FAM memaklumkan dua pemain Kedah iaitu pemain tengah Baddrol Bakhtiar, 30, dan pemain pertahanan Mohd Rizal Ghazali, 26, mengisi kuota tiga pemain lebih umur 23 tahun yang dibenarkan, namun satu lagi slot tidak dapat diisi kerana dua lagi pemain senior yang turut didaftarkan dalam senarai awal 30 pemain sebelum ini iaitu pemain JDT, Aidil Zafuan Abd Radzak dan pemain Perak, Shahrul Saad mengalami kecederaan.
Baddrol dilantik sebagai ketua pasukan bagi skuad Sukan Asia 2018 ini.
Skuad B-23 kebangsaan akan berlepas ke Jakarta, Indonesia, esok sebelum terus ke hotel penginapan di Bandung.
Malaysia yang diundi dalam Kumpulan E akan memulakan kempen Sukan Asia 2018 bertemu Republik Kyrgyzstan pada 15 Ogos dan Republik Korea pada 17 Ogos, dengan kedua-dua perlawanan akan berlangsung di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung.
Malaysia akan berdepan Bahrain pada aksi terakhir kumpulan E di Stadium Wibawa Mukti, Cikarang pada 20 Ogos.
Berdasarkan format pertandingan, dua pasukan terbaik daripada setiap lapan kumpulan serta empat pasukan di tempat ketiga kumpulan terbaik, layak ke pusingan kedua kalah mati yang dijadual berlangsung pada 23 dan 24 Ogos.
Perlawanan suku akhir akan berlangsung pada 27 Ogos diikuti separuh akhir pada 29 Ogos, manakala aksi final pada 1 September.
Senarai 20 pemain ke Sukan Asia:Muhammad Haziq Nadzli, Dominic Tan Jun Jin, Muhammad Safawi Rasid, Adam Nor Azlin, Muhammad Syafiq Ahmad (JDT); Muhammad Adib Zainuddin, Hadi Fayadh Abd Razak (JDT II); Baddrol Bakhtiar, Mohd Rizal Ghazali, Ifwat Akmal Chek Kassim, Muhd Akhyar Abdul Rashid (Kedah)
Muhammad Irfan Zakaria, Syazwan Andik Ishak (Kuala Lumpur); Faisal Abdul Halim, R. Kogileswaran (Pahang); Muhamad Daniel Amier Norhisham (Felda United); Nik Akif Syahiran Nik Mat (Kelantan); Muhamad Syazwan Zaipol Bahari (Perak); Tommy Mawat Bada (PJ Rangers FC); Muhammad Syahmi Safari (Selangor).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 12 2018
Kim Swee sebelum ini terpaksa menggugurkan penyerang Negeri Sembilan, N. Thanabalan selepas ujian MRI pada 9 Ogos lepas mendapati kecederaan lututnya memerlukan tempoh lebih lama untuk pulih. - Gambar fail
Tragedi kepala air Lembah Maksina: 6 dikhuatiri lemas, dua cedera
Sembilan peserta river trekking pula selamat selepas terperangkap di Lembah Maksina, Makuau, Lahad Datu akibat banjir kilat malam tadi.
TH sedia sepenuhnya santuni 31,600 jemaah haji
Persediaan Tabung Haji kini mencapai skala 90 peratus lengkap, sementara 10 peratus lagi menanti kedatangan KT jemaah pertama pada 9 Mei.
P S Nathan umum lepaskan jawatan Presiden MTBC selepas 50 tahun
P S Nathan melepaskan jawatannya sebagai Presiden MTBC selepas 50 tahun menerajui badan sukan itu.
Kerajaan Sabah komited bina LRA di Pulau Banggi - Hajiji
Kerajaan Sabah komited untuk menyelesaikan masalah air yang dihadapi oleh penduduk menerusi pembinaan sebuah LRA baharu khusus untuk Pulau Banggi.
Piala Thomas: China kecewakan Indonesia, rangkul juara kali ke-11
Kejayaan ini diraikan beberapa jam selepas tuan rumah merangkul kejuaraan Piala Uber kali ke-16 selepas turut mengalahkan Indonesia 3-0.
UAE umumkan kejayaan hantar 400 tan bantuan makanan kepada penduduk Gaza
Penyampaian dan pengagihan makanan untuk menyelamatkan nyawa itu bagi 120,000 orang, sejajar dengan komitmen UAE.
Tiga maut, empat cedera pacuan empat roda terbabas, terhumban dalam parit
Insiden berlaku berhampiran Rumah Ngambang di Batu 72, Suai, Niah dekat Miri.
Tiada kesan sampingan daripada vaksin COVID-19 AstraZeneca di Indonesia - Suruhanjaya
Tiada laporan diterima mengenai kes trombosis dengan sindrom "thrombocytopenia" yang dikaitkan dengan vaksin COVID-19 AstraZeneca di Indonesia.
Johor peruntuk lebih RM1.9 juta sedia kemudahan Wi-Fi Premium Maju Johor
Kerajaan Johor memperuntukkan lebih RM1.9 juta bagi menyediakan kemudahan Wi-Fi Premium Maju Johor di 63 hotspot melibatkan 23 lokasi bermula Julai ini.
Kaum India jangan undi ikut emosi, terpengaruh hasutan boikot PRK KKB - Mugilaan
Komuniti India dinasihat perlu memanfaatkan undi dengan memilih wakil rakyat yang benar-benar dapat memberikan perkhidmatan terbaik.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.