awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Turki tingkat kesiapsiagaan ketenteraan, perketat sempadan dengan Iran
MALAYSIA
Pemandu lori rogol anak kandung dipenjara 10 tahun, 20 sebatan
MALAYSIA
ASEAN terima Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Pendidikan Tinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPORTS

Kimberly bersara setelah hilang motivasi untuk berlatih

Bernama
Bernama
23/05/2024
20:00 MYT
Kimberly bersara setelah hilang motivasi untuk berlatih
Kimberly Bong merupakan penerjun wanita negara kedua yang mengumumkan persaraan tahun ini selepas Wendy Ng Yan Yee bersara bulan lepas. - Gambar fail/Stadium Astro
KUALA LUMPUR: Bekas pemenang pingat emas 3 meter (m) papan anjal wanita Sukan Asia Tenggara (SEA), Kimberly Bong mengakui tidak lagi bermotivasi untuk meneruskan latihan, menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan kem terjun negara baru-baru ini.
Setelah menjelaskan sebab di sebalik persaraannya, Kimberly berkata, dia kini akan menukar fokusnya kepada menamatkan pengajiannya dalam pengurusan sukan di Universiti Malaya.
"Keputusan untuk bersara bukanlah disebabkan kecederaan tetapi saya tidak lagi mempunyai motivasi untuk berlatih dan untuk masa ini akan fokus terhadap pelajaran.
"Saya masih ada setahun setengah lagi di universiti dan seterusnya bekerja. Saya tidak ada cita-cita yang spesifik, hanya mengikut keadaan terhadap apa yang akan mendatang," katanya ketika dihubungi Bernama.
Kimberly memenangi pingat emas Sukan SEA individu pertamanya di Phnom Penh, Kemboja tahun lepas dan menamatkan penantian 13 tahun Malaysia untuk pingat terjun pada Sukan Universiti Dunia 2023 bersama Ong Ker Ying apabila kedua-duanya membawa pulang pingat perak 3m papan anjal seirama wanita di Chengdu, China.
Walaupun sudah bersara daripada sukan terjun kompetitif, Kimberly berkata, dia masih tidak pasti untuk kembali ke sukan itu dalam kapasiti yang berbeza termasuk menjadi jurulatih pada masa hadapan.
Dalam pada itu, atlet berusia 21 tahun itu mengucapkan terima kasih kepada Persekutuan Renang Malaysia (MAS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) atas sokongan tidak berbelah bagi sepanjang kerjayanya.
"Saya bangga dan berbesar hati untuk berkhidmat kepada negara. Tanpa mereka (MAS dan MSN) saya tidak akan mampu menjadi seperti saya hari ini," katanya.
Atlet dari Sarawak itu juga meluahkan rasa sedih kerana perlu meninggalkan rakan sepasukan yang mempunyai hubungan rapat dengannya sejak 15 tahun lalu.
Kimberly sebelum ini mempamerkan potensi besar apabila menduduki tempat keempat dalam acara 10m platform wanita dan keenam dalam 3m papan anjal wanita pada Sukan Olimpik Remaja 2018 di Buenos Aires, Argentina.
Bagaimanapun, beberapa siri kecederaan termasuk pada bahu dan pinggul telah menjejaskan perkembangan kerjayanya.
Beliau adalah penerjun wanita negara kedua yang mengumumkan persaraan tahun ini selepas Wendy Ng Yan Yee bersara bulan lepas. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Majlis Sukan Negara
#persaraan
#kecederaan
#Kimberly Bong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami