Tindakan Kementerian Belia dan Sukan yang bersungguh-sungguh membela Datuk Lee Chong Wei dalam isu doping yang dihadapinya bukan didorong kebimbangan Malaysia bakal kehilangan beberapa kejuaraan badminton, kata menterinya Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata ia dibuat atas keyakinan bahawa pemain utama negara dan nombor satu dunia itu tidak salah, selain hak Chong Wei sebagai atlet kebangsaan untuk mendapat pembelaan yang terbaik.
"Ini adalah soal hak pemain kita sendiri, hak untuk mendapat pembelaan yang terbaik tidak kira atlet sukan mana sekalipun.
"Dalam kes ini kita percaya bahawa beliau tidak salah, oleh yang demikian untuk perbicaraan yang bakal dibuat Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kita perlu menyediakan kes yang terbaik bagi Chong Wei," katanya mengulas sama ada pembelaan itu dibuat kerana kementerian bimbang akan kehilangan beberapa kejuaraan badminton jika pemain itu digantung.
Bercakap dalam sidang media selepas melancarkan Kempen 'Walk the Talk' anjuran Soroptimist International Region of Malaysia (Sirom) di kementeriannya di sini Selasa, Khairy berkata walaupun diakui ketiadaan Chong Wei bakal memberi kesan kepada pencapaian sukan badminton negara, namun semua pihak juga perlu menerima hakikat bahawa pemain itu kini sudah berada di hujung karier.
Berhubung keputusan BWF menggantung sementara Chong Wei, Khairy berkata keputusan itu tidak mengubah agenda kementerian untuk menyediakan barisan pelapis bagi mengambil tempat ikon sukan negara itu pada masa depan.
Beliau berkata sama ada Chong Wei digantung daripada menyertai mana-mana pertandingan sekarang atau bersara dalam tempoh terdekat, sukan badminton tetap berhadapan masalah sama, iaitu ketiadaan pelapis yang setaraf pemain kelahiran Pulau Pinang itu.
"Kalau kita melihat kepada pemain pilihan kedua iaitu Chong Wei Feng, Daren Liew, Goh Soon Huat dan Iskandar Zulkarnain Zainuddin...ia jelas bahawa kita tidak mempunyai seseorang yang berkaliber seperti Chong Wei pada masa ini," katanya.
BWF dalam kenyatannya hari ini menyatakan Chong Wei digantung sementara selepas didapati sah positif dalam ujian doping.
Ia juga adalah kali pertama badan itu menyebut nama jaguh negara itu selepas laporan beberapa minggu lalu menyebutnya selaku pemain nombor satu dunia.
"Badan induk dunia mengenakan penggantungan ini berpandukan kepada sampel 'Adverse Analytical Finding' yang diambil ketika Kejohanan Badminton Dunia, Ogos lalu," demikian menurut BWF dalam kenyataannya.
Bernama
Tue Nov 11 2014
KHAIRY: Kita bela Chong Wei bukan bimbang negara hilang kejuaraan - Gambar fail
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
An Se-young dinobatkan pemain badminton wanita terbaik dunia 2024
Bintang sensasi Korea Selatan, An Se-young terus mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai pemain badminton wanita terbaik dunia.
Badminton: Tat Meng sah tinggalkan 'team' Lee Zii Jia
Pasukan Lee Zii Jia mengesahkan Pengarah Kejurulatihannya Wong Tat Meng akan meninggalkan pasukan berkenaan.
BAM ambil pendekatan berbeza untuk Sukan SEA 2025
Malaysia pada Sukan SEA di Kemboja sebelum ini menurunkan pemain muda bagi memberi peluang kepada mereka untuk menampilkan aksi cemerlang.
Final Jelajah Dunia BWF: Juara Olimpik Viktor Axelsen tarik diri
Juara Sukan Olimpik, Viktor Axelsen, sah menarik diri daripada Kejohanan Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou, China minggu depan.
Lee Zii Jia dedah faktor air mata tumpah di bumi Paris
Lee Zii Jia, mendedahkan faktor dirinya tidak dapat menahan perasaan sebak dalam sesi wawancara bersama wartawan Astro Arena usai meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024.
Saya hilang 2 kilogram selepas tewas kepada Kunlavut - Lee Zii Jia
Zii Jia mengakui dia tertekan sehingga hilang selera makan dan berat badan selepas tewas kepada Kunlavut Vitidsarn dalam separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 Ogos lalu.
Beregu lelaki bersiap sedia hadapi kalendar 2025 - Bin Shen
Penampilan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik di Jelajah Dunia Akhir 2024 pada Disember jadi peluang terbaik mengenal pasti kelemahan secara terperinci.
Jonassen terima cabaran BAM untuk jelma pingat emas Olimpik pertama
Kenneth Jonassen bersedia menyahut cabaran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menjelmakan pingat emas Olimpik pertama buat negara di Los Angeles 2028 (LA28).
Perlu masa lakukan analisis, bina hubungan untuk dapat persefahaman - Kenneth Jonassen
Jurulatih perseorangan baru negara, Kenneth Jonassen, akan mengetuai misi negara membutirkan pingat emas pertama negara dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Zii Jia layak ke Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF 2024
Lee Zii Jia, berjaya melayakkan diri ke Kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Hangzhou, China bulan depan.