awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
50 bazar Ramadan, lapan Aidilfitri di Melaka
Kerajaan rangka langkah pastikan harga ikan lebih berpatutan di Semenanjung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kita tak serius'

Sinar Harian
Sinar Harian
16/05/2023
01:40 MYT
'Kita tak serius'
Sasaran pingat diletakkan kepada kontinjen negara dalam Sukan SEA Kemboja 2023 pada 1 Mei lalu. Gambar kecil: Mazlan. - Foto Sinar Harian
KEGAGALAN kontinjen Malaysia mencapai sasaran 40 emas seperti ditetapkan untuk Sukan SEA Kemboja 2023 disifatkan berpunca daripada tidak keseriusan menghadapi temasya dwitahunan itu.
Malah, menurut bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Mazlan Ahmad, sasaran itu merupakan bersifat 'selamat' yang sebenarnya mampu dicapai kontinjen Malaysia.
“Sebenarnya kita kena ambil serius bermula daripada pemimpin sukan hingga peringkat atlet kerana Sukan SEA ini merupakan temasya dua tahun sekali.
“Dua tahun bukan satu tempoh masa lama... jadi persediaan untuk perkara yang berkaitan membawa imej negara perlukan dilakukan pada tahap terbaik.
“Kita perlu lebih tegas dan tiada berkompromi dalam memastikan sasaran dapat dicapai, jika memerlukan latihan pusat 24 jam demi maruah negara,” katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.
Sebagai rekod, kontinjen Malaysia diletakkan sasaran sebanyak 40 pingat emas, 37 perak dan 64 gangsa pada edisi ke-32 kali ini seperti yang diumumkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Sehingga jam 10 malam tadi kontinjen Malaysia berjaya mengumpul 30 pingat emas, 42 perak dan 85 gangsa dengan keseluruhan 157 pingat bagi kedudukan ketujuh.
Dalam pada itu, Mazlan berharap MSN lebih praktikal dalam memastikan setiap sasaran pingat mampu dicapai kontinjen Malaysia.
“Mungkin sudah tiba masanya MSN perlu menukar pendekatan selepas berakhirnya Sukan SEA Kemboja 2023. Ketika berada di MSN, saya mengambil pendekatan tegas dan tidak berkompromi dalam hal ini (sasaran pingat).
“Saya ambil tanggungjawab serius kerana melibatkan maruah negara, sekiranya gagal saya amat rasa bertanggungjawab sebagai organisasi yang dipertanggungjawabkan bagi memacu kecemerlangan arena sukan Malaysia,” ujarnya.
Pada masa sama, Mazlan turut berharap setiap persatuan sukan kebangsaan perlu meletakkan pungutan pingat emas sebagai keutamaan masing-masing.
“Ini penting kerana kita mahu atlet yang dihantar dalam mana-mana temasya sukan mempamerkan semangat juang untuk memburu pingat emas.
“Jika hanya letak pingat gangsa sebagai sasaran (Sukan SEA), pada saya ia perlu disemak semula kerana kita dalam usaha melahirkan atlet berdaya saing ke peringkat lebih tinggi seperti Sukan Asia atau Sukan Olimpik,” jelasnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mazlan Ahmad
#kontinjen malaysia
#Sukan SEA
#pingat emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan