Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengulangi kerisauannya terhadap kurangnya pelapis perseorangan badminton berkualiti selepas Datuk Lee Chong Wei.
"Chong Wei masih lagi pemain terbaik bagi negara, lambat laun perlu ada pelapis untuk menggantikan tempatnya namun kita tetap akan salurkan bantuan bagi pembangunan kerjayanya.
"Namun pelapisnya perlu ada untuk perancangan masa hadapan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Pertandingan Dasar Awam Malaysia (MPPC) di sini, hari ini.
Dalam saingan Kejohanan Dunia, yang berlangsung di Guangzhou minggu lalu, Chong Wei tumpas sekali lagi, di tangan seteru utamanya dari China, Lin Dan 16-21, 21-13 sebelum terpaksa menarik diri kerana kecederaan ketika ketinggalan 20-17 pada set penentuan.
Saranan yang dibuat Khairy jelas ada kebenarannya, kerana Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kini amat ketandusan perseorangan lelaki berkualiti.
Dalam saingan di Guangzhou,.seorang lagi pemain negara, Chong Wei Feng turut bersaing namun hanya sekadar ke pusingan ketiga, apabila ditunjukkan jalan keluar oleh Lin Dan dengan kemenangan 22-20, 21-10.
Namun, sebenarnya BAM bukan saja ketandusan perseorangan lelaki berkualiti, kerana barisan perseorangan wanita, beregu lelaki dan wanita serta campuran, kini berada di ambang kemerosotan dan kurang pelapis berwibawa.
Gandingan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong gagal mencapai sasaran BAM ke peringkat akhir, apabila tumpas di peringkat suku akhir.
BAM kini wajar berasa risau, kerana negara jiran seperti Thailand dan Indonesia sudah mempunyai jagoan dunia, dalam saingan perseorangan wanita serta beregu campuran dan lelaki.
Ratchanok Intanon melakar kejutan ke atas pilihan utama tuan rumah, Li Xureui di pentas akhir perseorangan wanita dengan kemenangan 22-20,18-21,21-14.
Gandingan beregu campuran Indonesia, Tontowi Ahmad-Liliyana Natrsir membuktikan mereka kini gandingan terbaik dunia dengan menewaskan psangan China, Xu Chen-Ma Jin 21-13, 16-21, 22-20.
Manakala pasangan Mohamad Ahsan-Hendra Setiawan muncul juara dunia dengan menewaskan pasangan Denmark, Mathias Boe-Carsten Morgesen 21-13, 23-21.
Ia menunjukkan Thailand dan Indonesia tidak meminggirkan program pembangunan akar umbi, buat pemain perseorangan dan barisan pemain beregu di negara masing-msing.
Kaedah ini tampak berkesan, kerana ia mampu mengurangkan dominasi China dalam sukan badminton.
Justeru, pucuk pimpinan BAM yang kini diterajui Tan Sri Tengku Mahalel Tengku Ariff perlu segera merangka pogram pembangunan belia yang berkesan, bagi memastikan Malaysia tidak terus ketinggalan.
Satu formula dan pendekatan sesuai perlu dicari dalam usaha mengembalikan status Malaysia sebagai gergasi sukan badminton dunia.
Fadzrie Hazis
Fri Aug 16 2013
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Final Jelajah Dunia BWF: 'Hidung berdarah' tak halang Tang Jie-Ee Wei atasi wakil Indonesia
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, meneruskan rentak kemenangan dalam saingan kumpulan B Final Jelajah Dunia BWF 2024.
An Se-young dinobatkan pemain badminton wanita terbaik dunia 2024
Bintang sensasi Korea Selatan, An Se-young terus mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai pemain badminton wanita terbaik dunia.
Badminton: Tat Meng sah tinggalkan 'team' Lee Zii Jia
Pasukan Lee Zii Jia mengesahkan Pengarah Kejurulatihannya Wong Tat Meng akan meninggalkan pasukan berkenaan.
BAM ambil pendekatan berbeza untuk Sukan SEA 2025
Malaysia pada Sukan SEA di Kemboja sebelum ini menurunkan pemain muda bagi memberi peluang kepada mereka untuk menampilkan aksi cemerlang.
Final Jelajah Dunia BWF: Juara Olimpik Viktor Axelsen tarik diri
Juara Sukan Olimpik, Viktor Axelsen, sah menarik diri daripada Kejohanan Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou, China minggu depan.
Lee Zii Jia dedah faktor air mata tumpah di bumi Paris
Lee Zii Jia, mendedahkan faktor dirinya tidak dapat menahan perasaan sebak dalam sesi wawancara bersama wartawan Astro Arena usai meraih pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024.
Saya hilang 2 kilogram selepas tewas kepada Kunlavut - Lee Zii Jia
Zii Jia mengakui dia tertekan sehingga hilang selera makan dan berat badan selepas tewas kepada Kunlavut Vitidsarn dalam separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 Ogos lalu.
Beregu lelaki bersiap sedia hadapi kalendar 2025 - Bin Shen
Penampilan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik di Jelajah Dunia Akhir 2024 pada Disember jadi peluang terbaik mengenal pasti kelemahan secara terperinci.
Jonassen terima cabaran BAM untuk jelma pingat emas Olimpik pertama
Kenneth Jonassen bersedia menyahut cabaran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menjelmakan pingat emas Olimpik pertama buat negara di Los Angeles 2028 (LA28).