KUALA LUMPUR: Cabaran Towerthon Antarabangsa Menara Kuala Lumpur (KL) akan diadakan semula pada 14 Ogos, selepas dua tahun dihentikan berikutan pandemik COVID-19.
Pengasas dan Pengarah Urusan JomRun Chang Yi Hern berkata kira-kira 2,000 warga asing dijangka menyertai perlumbaan itu untuk mendaki 2,058 anak tangga pada ketinggian 288 meter dari aras bumi.
Beliau berkata setakat ini hampir 1,000 peserta telah mendaftar untuk perlumbaan itu dengan mematuhi peraturan Persatuan Larian Menara Dunia.
"Kami gembira melihat majoriti peserta kami adalah rakyat Malaysia serta warga asing dari Singapura, Brazil, Jepun dan Jerman. Peserta paling tua berumur 73 tahun dan termuda berusia 11 tahun.
"Kami telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan pelari dan mengelakkan sebarang kecederaan. Pelari akan berlari seorang demi seorang dan pemenang akan berdasarkan masa yang diambil untuk melengkapkan cabaran," katanya semasa pelancaran Cabaran Towerthon itu di sini pada Khamis.
Sementara itu, Timbalan Menteri Perpaduan Negara Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal melihat acara itu sebagai satu daripada cara untk memupuk semangat kebangsaan dalam kalangan peminat sukan.
"Sukan melibatkan pelbagai kaum daripada penganjur sehinggalah peserta, antara cara untuk kita memupuk semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia," katanya.
Setiap peserta pada perlumbaan tahun ini bakal menerima sehelai jersi, bib perlumbaan dengan cip masa RFID, E-Sijil, insurans kemalangan diri, minuman ringan dan pingat penyudah.
Pendaftaran dibuka sehingga 12 Ogos dengan pendaftaran awal RM80 untuk rakyat Malaysia dan RM180 untuk warganegara asing.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 08 2022
Chang Yi Hern (tengah) semasa pelancaran Cabaran Towerthon pada Khamis. - Foto Facebook/JomRun
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KL Towerthon kembali selepas 2 tahun dihentikan
Kira-kira 2,000 warga asing dijangka menyertai perlumbaan itu untuk mendaki 2,058 anak tangga pada ketinggian 288 meter dari aras bumi.