Atlet olahraga negara Raja Nursheena Raja Azhar tidak dapat menahan sebak, selepas janji kepada arwah ayahnya untuk memenangi pingat di Sukan SEA, sekali lagi tertunai hari ini dengan beliau meraih pingat perak dalam acara 100m berpagar wanita.
Pelari berusia 26 tahun itu menitiskan air mata ketika mengenang ayahnya yang meninggal dunia pada tahun 2012, setahun sebelum beliau memenangi pingat pertamanya, pingat gangsa dalam Sukan SEA di Myanmar.
Katanya, beliau sedih kerana kejayaannya sekali lagi hari ini tidak dapat diraikan bersama orang 'kuat'nya yang suatu ketika dahulu selalu menaikkan semangatnya.
"Pingat ini untuk arwah bapa saya yang tak dapat tengok saya lari dan untuk mama saya yang tak dapat ke stadium.
"Saya janji nak hadiahkan pingat dan buktikan saya boleh kepada bapa saya, tetapi arwah dah tak ada. Pingat ini juga untuk keluarga saya yang datang dan penyokong," katanya.
Atlet yang membuat penampilan kali keempat di kejohanan kali ke-29 Kuala Lumpur 2017 itu mencatatkan masa 13.92s untuk menempah tempat di podium.
Pingat emas acara itu dimenangi Tran Thi Yen Hoa dari Vietnam dengan catatan 13.40s, manakala gangsa oleh Nur Izlyn Zaini dari Singapura dengan catatan 14.14s.
Mengulas mengenai prestasinya, Raja Nursheena berkata beliau berpuas hati dapat menyumbangkan pingat walaupun tidak dapat memperbaharui rekod peribadi terbaiknya iaitu 13.83s yang dicipta pada Terbuka Perak 2015.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 26 2017
Nursheena (lima, dari kiri) beraksi dalam acara akhir 100m Lari Berpagar Wanita pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini. - Foto Bernama
AWANI Ringkas: Jelajah Dunia BWF 2024 di China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penjaja kecil rayu kekalkan tapak perniagaan di Dataran MBI
Pertimbangan daripada pihak MBI amat diharapkan bagi memberi peluang kepada mereka untuk berbincang dengan Datuk Bandar Ipoh.
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
AWANI Pagi: Khalwat & hak individu - Di mana batas penguatkuasaan?
Ikuti perbincangan mendalam #AWANIpagi bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang akan mengupas isu prosedur tangkapan khalwat, hak individu, dan sejauh mana penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan adil tanpa melanggar batas etika dan sensitiviti, Ahad ini jam 7.30 pagi.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Mengenang Ananda | Pembina negara: Memanfaat teknologi, menerjah kemajuan
Jejak peninggalan Ananda Krishnan kekal mengakar dibumi, tatkala menerjah langit. Beliau bukan hanya meluaskan empayar perniagaan, tetapi juga mengukuhkan landskap ekonomi negera - dengan aspirasi beliau menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan moden.
Mengenang Ananda | Nilai Filantropi: Merealisasikan impian yang memerlukan
Bukan hanya bergelar hartawan, mendiang Ananda Krishnan terkenal dengan sikap dermawan, menyediakan pelbagai jenis biasiswa dan tajaan terutama dalam bidang pendidikan. Mendiang menubuhkan pelbagai badan kebajikan yang memfokuskan pembangunan pendidikan dan modal insan.
Mengenang Ananda | Legasi perniagaan: Merentas pelbagai sektor industri
Pemergian Ananda Krishnan meninggalkan legasi perniagaan yang membanggakan Malaysia. Individu berwawasan tinggi ini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pembinaan KLCC, penubuhan Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat.
ABC News setuju bayar saman fitnah AS$15 juta Trump, mohon maaf
Rangkaian berita itu akan membayar sebanyak AS$15 juta kepada sebuah badan kebajikan dan mengeluarkan permohonan maaf.
KL2017: Nursheena sebak, orang 'kuat' tiada untuk rai kejayaan
Atlet olahraga negara Raja Nursheena Raja Azhar tidak dapat menahan sebak, selepas janji kepada arwah ayahnya untuk memenangi pingat di Sukan SEA, tertunai hari ini.