Skuad sepak takraw negara menempah laluan sukar dalam misi memburu pingat emas acara regu berpasukan setelah tewas 1-2 kepada Indonesia pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Tertutup Titiwangsa di sini, malam ini.
Anak buah Abd Talib Ahmad yang beraksi cemerlang pada sebelah pagi dengan menewaskan Brunei 3-0 bagaimanapun gagal meneruskan rentak kemenangan apabila berdepan dengan negara jiran.
Regu utama negara yang diketuai Mohd Farhan Adam bermula dengan sedikit perlahan apabila tewas pada set pertama 23-25 setelah banyak kesilapan mudah dilakukan.
Namun segalanya berubah pada set kedua dan ketiga apabila servis tajam dan deras Mohd Syahir Rosdi sering kali mendatangkan masalah buat regu Indonesia dengan Malaysia bangkit untuk memenangi perlawanan 21-16 dan 21-11.
Regu kedua pula beraksi sengit dengan perlawanan berlanjutan hingga ke set penentuan namun kem negara nyata kurang bernasib baik apabila tewas 13-21, 21-18,11-21.
Harapan untuk melihat skuad negara meraih pingat emas tampak kabur selepas regu ketiga negara tewas dalam straight set 14-21, 18-21.
Skuad negara perlu menewaskan musuh tradisi dan juara bertahan Thailand esok dengan setiap regu negara harus menang setiap set dan tidak tercicir mata.
Indonesia berada pada situasi terbaik untuk mendapatkan pingat perak kerana mereka akan bertemu pasukan belasahan Brunei esok.
Sementara itu, Thailand turut mengutip dua kemenangan hari ini dengan menewaskan Indonesia 3-0 di sebelah pagi serta menumbangkan Brunei juga dengan 3-0 pada aksi di sebelah malam.
Pertembungan Malaysia dan Thailand esok menarik untuk disaksikan dengan Malaysia tidak mempunyai pilihan lain selain mencatat kemenangan bagi merampas kembali pingat emas yang dimenangi Thailand pada Sukan SEA Singapura, dua tahun lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 19 2017
Tekong skuad sepak takraw negara, Mohd Syahir Rosdi, beraksi pada perlawanan bertemu Indonesia di Stadium Titiwangsa malam tadi. --fotoBERNAMA
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
#KL2017 Sepak Takraw: Malaysia tempah laluan sukar
Anak buah Abd Talib Ahmad yang beraksi cemerlang pada sebelah pagi dengan menewaskan Brunei 3-0 bagaimanapun gagal meneruskan rentak kemenangan apabila berdepan dengan negara jiran.