KUALA LUMPUR: Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) dan Persekutuan Renang Malaysia (MS) menerima secara positif teguran Majlis Olimpik Malaysia (MOM), untuk kedua-dua persatuan itu memperbaiki prestasi menjelang Sukan SEA 2023 di Kemboja.
Setiausaha Agong MS Mae Chen berkata pihaknya sedang menjalankan perbincangan dengan Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, yang juga merupakan pengerusi jawatankuasa berkenaan, dalam usaha mencari penyelesaian terbaik.
"Ya, kami tidak nafikannya (prestasi tidak baik)... kelab dan negeri bangunkan perenang untuk Sukma, dan MS pula ke arah kecemerlangan peringkat dunia. Dua-dua haluan ini amat berbeza," katanya ketika dihubungi Bernama.
Apabila ditanya mengenai sasaran untuk Kemboja 2023, beliau berkata: "Kami tidak suka buat janji. Kami secara sendiri meningkatkan usaha kami dan kami sedang bekerjasama dnegan Tan Sri (Mohamad Norza) sendiri dalam penyelesaiannya," katanya.
Sementara itu, ketua jurulatih skuad olahraga kebangsaan Mohd Mansahar Abdul Jalil berkata, pihaknya menerima teguran itu secara positif, dan sedang berusaha keras untuk merealisasikan sasaran membawa pulang 10 emas dari Kemboja.
"Walaupun ia dilihat sebagai cabaran besar, kita menerimanya dengan positif. Kita sebenarnya sudah mengambil tindakan dan sedang bekerja lebih keras untuk membuktikan kita boleh mencapai pencapaian yang lebih baik pada kali ini.
"Kini kita kena pastikan perancangan yang dibuat dilaksanakan dengan baik untuk mencapai hala tuju yang mahu dicapai," katanya.
Sebelum ini Norza menyatakan pencapaian kurang memuaskan kedua-dua sukan itu, antara sukan yang menawarkan pingat emas terbanyak di Sukan SEA, dikatakan sebagai penyebab utama kontinjen Malaysia menamatkan cabaran di temasya Hanoi Mei lepas, di kedudukan keenam keseluruhan dengan kutipan dengan 39 emas, 45 perak dan 90 gangsa.
Di Hanoi, skuad olahraga hanya memperolehi lima emas, tiga perak dan lapan gangsa daripada keseluruhan 47 pingat emas yang ditawarkan, manakala renang hanya membawa pulang satu emas, empat perak dan dua gangsa dari 40 pingat emas ditawarkan.
Ia hanya 10.64 peratus dan 2.5 peratus daripada keseluruhan pingat ditawarkan, menyebabkan Jawatankuasa Pemilihan MOM memberi peringatan kepada kedua-dua persatuan itu untuk bertindak segera memperbaiki pencapaian di temasya Kemboja, yang dijadualkan bermula 5-16 Mei depan.
Selain itu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail, turut menasihatkan supaya MS mengambil pendekatan baharu dan luar biasa dalam pembangunan perenang, termasuk kerjasama dengan kelab-kelab berbanding hanya dengan persatuan sukan negeri.
Olahraga dan renang kekal sebagai sukan penting sekiranya Malaysia mahu memperbaiki kedudukannya di Kemboja, apabila masing-masing mempertandingkan 47 dan 39 pingat emas daripada keseluruhan 608 acara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 12 2022

Norza sebelum ini berkata, pencapaian kurang memuaskan kedua-dua sukan itu, dikatakan sebagai penyebab utama kontinjen Malaysia menamatkan cabaran di temasya Hanoi Mei lepas, di kedudukan keenam. - Gambar fail

Dua lelaki ditahan kes gaduh depan pasar
Mangsa ialah lelaki warga tempatan berusia 18 tahun yang merupakan pelajar kolej swasta di Kuala Lumpur.

Kena tunjuk kad pengenalan beli minyak masak bersubsidi
Peraturan itu bagi mengelak orang ramai daripada membeli minyak masak secara berlebihan.

Perang Ukraine | 14,000 orang awam terkorban - WHO
Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine dilihat sebagai salah satu daripada lapan kecemasan kesihatan global, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Dalam laporan yang dikeluarkan - krisis berkenaan mengorbankan lebih 14 ribu nyawa orang awam, 17.7 juta orang memerlukan bantuan kemanusiaan, dan 7.5 juta rakyat Ukraine menjadi pelarian ke seluruh Eropah.

Amerika Syarikat | Belon pengintip China ditembak jatuh
Amerika Syarikat dilaporkan telah menembak jatuh belon pengintip didakwa milik China yang melintasi ruang udara negara Uncle Sam itu pada Sabtu. Belon itu ditembak jatuh berhampiran pantai Holden Utara Carolina.

Peruntukan Kurang | Ahli parlimen perlu maksimum sumber bantu penduduk diwakili - Fahmi
Setiap ahli Parlimen perlu mengamalkan sikap berhemah selain memaksimumkan segala sumber yang ada untuk menyantuni keperluan rakyat di kawasan masing-masing di sebalik pengurangan peruntukan kerajaan kepada mereka. Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata antaranya ahli Parlimen boleh berusaha mendapatkan bantuan menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) daripada rakan-rakan korporat mereka.

Kekurangan Sayur | LPP dan FAMA diarah lakukan intervensi segera
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) diarah mengambil langkah intervensi segera bagi menyelesaikan masalah kekurangan bekalan sayur di pasaran ketika ini. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata untuk jangka panjang, kementerian akan mewujudkan sistem data raya bagi mendapatkan maklumat dalam masa sebenar tentang situasi bekalan sayuran di negara ini.

Banjir | Semua PPS di Pulau Pinang ditutup, mangsa di Johor, Sabah menurun
Banjir di Pulau Pinang semakin pulih apabila kedua-dua pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah di negeri itu ditutup sepenuhnya sementara jumlah mangsa banjir di Johor dan Sabah menurun. Di Pulau Pinang, Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan Phee Boon Poh berkata kesemua 59 mangsa banjir di Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Selatan dibenarkan pulang petang Sabtu.

COVID-19 | 202 kes baharu, satu kematian dilaporkan
Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara terus kekal berada di bawah 500 kes untuk 28 hari berturut-turut. Berdasarkan kepada portal KKMNOW, jumlah kes pada Jumaat kembali turun dengan 202 kes dilaporkan, berbanding 340 kes yang dicatatkan hari sebelumnya. Daripada jumlah itu, enam adalah kes import.

Kemalangan | Suami isteri maut, anak cedera kereta terbabas di LPT 2
Sepasang suami isteri maut manakala tiga anak cedera selepas kenderaan pelbagai guna , MPV, yang dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik. Nahas berlaku di kilometer 274, Lebuh Raya Pantai Timur 2, LPT 2, berhampiran susur keluar Plaza Tol Cheneh di Kemaman, Terengganu kira-kira jam 4.00 petang Sabtu.

Durian Menu Rahmah, hanya RM4.99 sebekas
Jualan yang dilakukan sebanyak 50 bekas berjaya dijual dalam masa 10 minit sahaja.

Mohammad Agus mula tugas sebagai KP J-KOM hari ini
Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohammad Agus Yusoff memulakan tugas secara rasmi hari ini.

KOM, MS terima teguran MOM
KOM dan MS menerima secara positif teguran Majlis Olimpik Malaysia (MOM), untuk kedua-dua persatuan itu memperbaiki prestasi menjelang Sukan SEA 2023 di Kemboja.

K-KOM akan segerakan MoU dengan negara ASEAN, tingkat pasaran industri termasuk perfileman
K-KOMM akan menyegerakan inisiatif untuk menjalin kerjasama dengan negara-negara ASEAN bagi memperluaskan pasaran industri telekomunikasi dan industri kreatif termasuk perfileman.

Pemilihan KOM esok bakal pilih kepimpinan baharu
Ahli gabungan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) bakal memilih pucuk kepimpinan baharu, sempena mesyuarat agung tahunannya pada esok.

Kurang ilmu agama punca terpedaya pakej taubat RM20 - Idris
Tidak perlu berjumpa tok guru, ustaz atau ustazah kerana taubat yang dibuat adalah terus dengan Allah.

Atlet perlu patuh surat aku janji - Presiden KOM
SM Muthu menegaskan, sebarang ketidakpuasan hati dan permasalahan dengan KOM tidak seharusnya dibangkitkan menerusi saluran tidak sah.

Jawatankuasa Pemilihan KOM tolak rayuan Hup Wei ke Hanoi
Setelah menilai dengan teliti, jawatankuasa itu memilih Mohamad Eizlan Dahalan bagi menggalas cabaran Malaysia dalam acara itu.

Haiqal Hanafi tetap layak ke Sukan SEA
Jaguh pecut kebangsaan Muhammad Haiqal Hanafi boleh menarik nafas lega apabila namanya disenaraikan pada saat akhir oleh Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), untuk menyertai Sukan SEA Hanoi di Vietnam.

Atlet olahraga dapat 'talian hayat'
Semua atlet berkenaan perlu tunjuk prestasi yang baik sebelum kembali menyertai Program Podium mahupun Pelapis Kebangsaan.

KOM tidak iktiraf balingan Ziyad sebagai rekod kebangsaan
Bagaimanapun, KOM merancang menghadiahkan saguhati kepada Ziyad sebagai menghargai usaha gigihnya sejak lima tahun lalu.