awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kontrak F1 tidak akan diperbaharui selepas 2018 - Nazri

Bernama
Bernama
21/11/2016
13:06 MYT
Kontrak F1 tidak akan diperbaharui selepas 2018 - Nazri
Kata Nazri, kerajaan membelanjakan RM300 juta setahun untuk F1 tetapi nilai pulangan untuk perlumbaan itu adalah kurang daripada apa yang dibelanjakan. - Foto Bernama
Kontrak Grand Prix Formula Satu (F1) Malaysia tidak akan dilanjutkan apabila ia tamat pada 2018 kerana pulangan yang mengecewakan.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata kerajaan membelanjakan RM300 juta setahun untuk F1 tetapi nilai pulangan untuk perlumbaan itu adalah kurang daripada apa yang dibelanjakan.
"Secara keseluruhan, kita membelanjakan RM300 juta setahun tetapi kita tidak mendapat pulangan sebanyak RM300 juta...tiada pulangan daripada Grand Prix.
"Kontrak sedia ada adalah dari 2016 hingga 2018. Kita dapat lihat kehadiran penonton F1 menurun saban tahun, mungkin kerana kurang tarikan.
"Saya rasa orang dah tak berminat. Namun bagi MotoGP, jika ia dimansuhkan tahun depan, ia pasti akan menjejaskan pelancongan kita," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Mohamed Nazri berkata berikutan Malaysia gagal menampilkan pelumba F1 berkualiti sejak negara menganjurkannya pada 1999, tiada sebab untuk menerus penganjurannya di sini.
Pada 27 Okt lepas, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata pembangunan bakat tempatan dalam sukan bermotor lebih penting daripada mengeluarkan perbelanjaan besar bagi menganjurkan Grand Prix F1 yang tidak menguntungkan. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Formula One
#Grand Prix Malaysia
#Nazri Aziz
#Sepang SIC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan