IPOH: Kos pengendalian dan perbelanjaan pasukan yang tinggi antara perkara masih dalam kajian usahawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman sebelum membuat sebarang keputusan untuk menjadi pemilik baharu Perak FC.
Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida berkata ini penting kerana ia melibatkan pelbagai perbelanjaan besar antaranya membabitkan gaji pemain sekali gus memerlukan pelaburan yang bijak untuk mewujudkan situasi menang-menang.
"Saya masih mengkaji perbelanjaan overhead, maintainance, apa yang perlu disewa beli, gaji pemain, siapa (pemain) yang sesuai untuk digilap bakatnya dan pelbagai perkara lain perlu ditanggung. Faktor kehadiran penyokong juga perlu diambil kira.
"Jadi kesemua ini memerlukan pelaburan bijak yang mungkin kita boleh lihat hasil sekurang-kurangnya dalam tempoh dua tahun jika ingin memastikan ia benar-benar berbaloi," katanya ketika ditemui Bernama di kedai emasnya di sini baru-baru ini.
Vida yang aktif dalam perniagaan kosmetik dan jual beli emas itu berkata perniagaan membabitkan industri bola sepak memang berisiko kerana hasil pulangan pelaburan tidak mudah diperoleh dalam sekelip mata mahupun akan kekal pada paras stabil dalam satu-satu masa.
Anak kelahiran Kelantan, namun sudah lama menetap di Perak itu, berkata pengalaman menaja The Red Warriors (TRW) pada musim 2015 dan 2016 sudah cukup mematangkan beliau untuk lebih peka dan bersedia jika ingin melabur dalam mana-mana pasukan bola sepak negeri pada masa akan datang.
"Perniagaan bola agak berisiko. Bola sepak ini bermusim. Kalau ada sokongan, tidak semestinya ada pulangan dari segi pembelian jersi dan cenderahati lain. Ada orang suka bola sepak, memberi sokongan tetapi dia bukan kaki membeli apa yang kita jual atau tawarkan," jelasnya.
Beliau turut menarik perhatian, tiada gunanya jika pelaburan dibuat namun hasilnya tidak mencapai sasaran yang dihasratkan dan sekadar untuk mendapatkan penaja semata-mata.
Justeru, kesemua faktor itu perlu dikaji terlebih dahulu sebelum sebarang kata putus berbentuk hitam putih dapat dinoktahkan untuk memiliki pasukan The Bos Gaurus yang kini masih belum mempunyai ketua pegawai eksekutif sejak peletakan jawatan Rizal Ali Naizali pada 10 Mei lepas.
Vida antara beberapa nama dicadangkan penyokong The Bos Gaurus untuk menerajui Perak FC selain bekas Menteri Besar yang juga bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; bekas Presiden Pafa Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan bekas pengurus -Perak FA Datuk Jamal Nasir Rasdi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 21 2021
Datuk Seri Vida ketika ditemui di kedai emasnya di Ipoh baru-baru ini. --fotoBERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Ada surat sita barang, tapi tiada waran masuk rumah - Vida
Vida berkata, plaintif berjaya memasuki kawasan rumah atas dasar kerjasama yang diberikan pekerja, namun ia di luar pengetahuannya.
Datuk Vida lantik peguam selesai isu hutang lebih RM1 juta
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 53 tahun berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
'Adakah Vida faham tentang bola sepak?' - Sathianathan
"Jangan cakap macam bina istana atas angin. Cakap memang cantik, tetapi realiti bola sepak tak ramai yang tahu."
'Ingatkan prank...' - Gugur air mata Cik B imbau kehilangan dua abangnya dalam kebakaran
Anak kepada usahawan popular Datuk Seri Vida, Cik B mengimbau detik-detik duka ketika kehilangan dua abang tercinta dalam kebakaran sekitar 10 tahun lalu.
'Saya okey saja' - Shuib tak kisah DS Vida tumpang kasih anak-anaknya
Menurut Shuib, dia tidak mempunyai masalah dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Vida dan dalam masa yang sama, turut menghormati pendapat netizen mengenai hal berkenaan tersebut.
'Saya akan tegur dia' - Didie Alias nasihat Ifa Raziah agar berpada-pada
Gaya promosi juga perlu diberi perhatian agar objektif untuk menggalakkan pengunjung datang ke acara yang dikelolakan tercapai.
Iqbal dicemuh kerana bercita-cita 'ganti' Justin Bieber menyanyi di konsert
Iqbal memberitahu dia sedia menggantikan Justin Bieber menyanyi untuk rakyat Malaysia berikutan konsert artis antarabangsa itu ditunda.
Netizen tegur MV Raya Datuk Vida, didakwa ada unsur 'drag queen'
Video lagu raya berjudul "Muah Muah Raya" itu didakwa tidak menghormati hari raya kerana menampilkan beberapa penari 'drag queen'.
Lelaki muda dan kacak pilihan DS Vida sebagai PA baharu
Syed Qusyairy Syed Mahmud Iskandar ditawarkan gaji RM10,000 sebagai pembantu peribadi Datuk Seri Vida.
Big Stage 2022: Tiada penyingkiran, semua peserta mara ke minggu seterusnya
Ketiga-tiga peserta itu berada di tangga tiga terbawah apabila mendapat markah paling rendah berdasarkan persembahan mereka untuk minggu ini.