awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit ditutup pada paras 3.96 berbanding dolar AS untuk kali pertama sejak 2018
Persempadanan darat Malaysia-Indonesia masih dalam rundingan
Remaja perempuan cedera parah jatuh kondominium

KPKT bentang pindaan RUU, pesalah sampah kecil jalani khidmat masyarakat

Seth Akmal
Seth Akmal
19/07/2025
09:43 MYT
KPKT bentang pindaan RUU, pesalah sampah kecil jalani khidmat masyarakat
Menteri KPKT, Nga Kor Ming berkata pindaan ini bertujuan untuk menangani pembuangan sampah yang bersifat kecil. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan membentangkan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dalam sesi persidangan Dewan Rakyat pada Isnin demi memperkasakan kebersihan awam.
Menterinya, Nga Kor Ming berkata pindaan ini bertujuan untuk menangani pembuangan sampah yang bersifat kecil.
Antaranya seperti puntung rokok, tisu, plastik, tin minuman, pembungkus makanan dan sebagainya di mana-mana tempat awam atau jalan awam.
“Langkah ini penting bagi memupuk tanggungjawab sivik, meningkatkan kesedaran awam dan memupuk budaya menjaga kebersihan, sekali gus menyumbang ke arah Malaysia yang lebih bersih dan lestari,” katanya menerusi kenyataan media pada Sabtu.
Tambah beliau lagi, pindaan ini akan memberi kuasa kepada mahkamah untuk memerintah orang yang disabitkan kesalahan tersebut untuk melaksanakan perintah khidmat masyarakat selama tidak lebih daripada 12 jam.
Mana-mana orang tidak mematuhi perintah khidmat masyarakat adalah melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada RM2,000 dan tidak melebihi RM10,000.
Pada 28 September 2024, KPKT telah merekodkan kutipan sebanyak 51.9 kg sisa makanan, 64.3 kg sisa kertas, 127.6 kg sisa plastik, dan 541 batang puntung rokok.
Kutipan itu dijalankan di sekitar kawasan Pasar Seni, Kuala Lumpur sahaja dalam tempoh 12 jam sempena Program Hari Cuci Malaysia.
“Menjelang Tahun Melawat 2026, setiap rakyat Malaysia turut memainkan peranan penting dalam menjaga kebersihan tempat awam supaya kita dapat memberikan tanggapan pertama yang positif kepada pelancong asing,” katanya.
KPKT turut membentangkan dua lagi Rang Undang-Undang (RUU) (Pindaan) bagi Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#KPKT
#Nga Kor Ming
#khidmat masyarakat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.