KUALA LUMPUR: Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) merancang mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bagi membincangkan masalah yang dihadapi dalam merealisasikan pembinaan stadium ragbi pertama negara yang tergendala sebelum ini.
Presidennya, Amir Amri Mohamad berkata surat mengenai pertemuan itu akan dihantar kepada Hannah minggu depan manakala kertas kerja berkaitan status terkini pembinaan stadium ragbi di Presint 13, Putrajaya itu akan dibentangkan pada perjumpaan berkenaan kelak.
"Kalau ikut, kita ada peruntukan pembinaan stadium namun masalah tanah (selepas diperiksa oleh kontraktor, ia tergendala). Jadi kita akan hantar surat mahu jumpa dengan Hannah pada minggu depan," katanya pada Majlis Ramah Mesra bersama exco KRM di sebuah hotel di sini semalam.
Amir Amri, bagaimanapun, menjangkakan kos pembinaan stadium itu mungkin sudah meningkat berbanding peruntukan RM17 juta seperti diumumkan Kementerian Belia dan Sukan yang ketika itu diterajui Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada 2019.
Stadium ragbi negara yang akan dibina di Presint 13, Putrajaya itu bakal dilengkapi pelbagai kemudahan seperti gimnasium, pusat rawatan, ruang komersial serta padang latihan akan dilaksanakan secara berperingkat dan mampu menampung sehingga 5,000 penonton pada satu-satu masa.
Sementara itu, Amir Amri berkata beliau juga akan berbincang dengan Hannah mengenai hasrat menjadikan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai lokasi rasmi Kejohanan Ragbi Asia (ARC) Divisyen Premier 2024 dalam pertemuan skuad negara dengan Hong Kong pada 1 Jun ini.
"...kalau tidak (dapat guna Stadium Nasional Bukit Jalil) kami akan cari stadium lain dan sasaran kami ialah sekurang-kurangnya mahu menang satu perlawanan menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebab mereka pasukan baharu," katanya.
Kejohanan ARC akan disertai empat pasukan iaitu Malaysia, Hong Kong, Korea Selatan dan UAE.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 11 2024
Amir Amri (gambar) berkata, kertas kerja berkaitan status terkini pembinaan stadium ragbi di Presint 13, Putrajaya itu akan dibentangkan pada perjumpaan dengan Hannah kelak. - Gambar fail/BERNAMA
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak dinasihat elak provokasi, 3R - Saifuddin Nasution
Semua pihak diingatkan agar tidak menimbulkan sebarang unsur provokasi termasuk memainkan isu 3R sepanjang PKR Kuala Kubu Baharu.
AWANI Ringkas: DAP sukar raih undi Melayu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak diingat tidak sentuh 3R - Fahmi
Semua pihak diingatkan untuk berhati-hati dan tidak memainkan isu kaum, agama dan institusi raja (3R), terutama di platform media sosial, sepanjang tempoh berkempen PRK KKB.
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Punca DAP pertaruh calon Cina'
Sukar untuk meraih undi Melayu didakwa menjadi punca DAP mengekalkan strategi dengan mempertandingkan calon berbangsa Cina pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan
Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang Jaya pada Jumaat.
Polis cari tiga individu simbah cat merah di restoran nasi kandar
Polis sedang mengesan tiga individu yang terlibat perbuatan khianat dengan melemparkan cat merah di sebuah restoran nasi kandar di Taman Machang Bubok Khamis lalu.
SPRM lancar bilik gerakan 24 jam
SPRM melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Tiada tepung mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi Benzoil Peroksida melebihi paras yang dibenarkan.
Perintah notis berkaitan anak kepada individu disyaki
Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan mereka dalam siasatan SPRM.
Empat maut kenderaan bertembung
Empat individu maut dalam satu kemalangan melibatkan dua kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu- Gua Musang di Kuala Krai.
KRM mahu jumpa Hannah bincang masalah pembinaan stadium ragbi
Amir Amri Mohamad berkata surat mengenai pertemuan itu akan dihantar kepada Hannah minggu depan.
Pembinaan Stadium Ragbi Nasional bermula bulan depan
Kerja-kerja pembinaan Stadium Ragbi Nasional pertama di Malaysia akan bermula pada September ini dengan kapasiti tempat duduk penonton dikurangkan kepada 1,250.
KBS kaji cadangan pembinaan stadium ragbi pertama negara
Presiden KRM, Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata pihaknya berterima kasih kepada KBS kerana berpandangan positif mengenai pembinaan stadium berkenaan.
Putrajaya, UPM pilihan lokasi stadium ragbi kekal - Khairy
Kementerian Belia dan Sukan dan Kesatuan Ragbi Malaysia sedang mengadakan perbincangan lanjut mengenai kesesuaian tapak bagi tujuan itu.