awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kurang tenang antara faktor Aaron-Aooi Yik terlepas gelaran sulung Seluruh England - Rexy

Bernama
Bernama
18/03/2024
04:10 MYT
Kurang tenang antara faktor Aaron-Aooi Yik terlepas gelaran sulung Seluruh England - Rexy
Aaron-Wooi Yik terpaksa berpuas hati muncul naib juara kejohanan badminton tertua dunia buat kali kedua dalam masa lima tahun. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Aksi kurang tenang diperagakan beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik merupakan antara punca mereka terlepas peluang mendakap gelaran pertama Seluruh England pada edisi 2024 yang berakhir di Birmingham, semalam.
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky berkata beliau juga melihat pergerakan Wooi Yik di dalam gelanggang seolah-olah agak 'berat' sepanjang aksi menentang pasangan Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto, yang berjaya mempertahankan kejuaraan mereka menerusi kemenangan 16-21, 16-21, di Utilita Arena Birmingham.
Katanya ketangkasan Fajar-Muhammad Rian, yang turun selaku pilihan ketujuh, mengawal permainan di bahagian depan jaring memberi kelebihan buat lawan untuk memastikan Aaron-Wooi Yik terpaksa berpuas hati muncul naib juara kejohanan badminton tertua dunia buat kali kedua dalam masa lima tahun.
"Sebenarnya waktu kedudukan mata 10-10 (set kedua) mereka (Aaron-Wooi Yik) sudah dapat rentak, namun tidak padu lagi.
"Mereka kerap melepaskan bola sehingga menyaksikan pasangan Indonesia dapat membina kepercayaan diri (memenangi perlawanan)," katanya ketika dihubungi Bernama.
Fajar-Muhammad Rian membawa pulang hadiah wang tunai US$96,200 (RM452,572) manakala Aaron-Wooi Yik menerima US$45,500 (RM214,055) selaku naib juara.
Keputusan itu bermakna gelaran Seluruh England masih sukar dicapai oleh pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2020 itu selepas mereka tewas kepada bekas juara dunia tiga kali dari Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 21-11, 14-21, 12-21 pada final edisi 2019.
Kali terakhir beregu lelaki negara meraih gelaran Seluruh England adalah pada edisi 2007 menerusi Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang menewaskan pasangan China, Cai Yun-Fu Haifeng 21-15, 21-18.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#all england
#Seluruh England 2024
#Aaron Chia
#wooi yik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan