Skip to main content

Sukan

Kylian Mbappe positif COVID-19

51599550995_TBFOOTBALLKYLIANMB.jpg
Pemain bola sepak Perancis, Kylian Mbappe menarik diri daripada pasukan negara itu selepas diuji positif COVID-19, lapor Agensi Anadolu.

''Kylian Mbappe tidak akan beraksi dalam perlawanan menentang Croatia. Ujian COVID-19  yang dilakukan UEFA pagi ini - didapati positif, dan dia kini dikuarantin, '' kata pasukan kebangsaan Perancis pada Isnin.

Perancis akan menentang Croatia untuk Liga Negara-Negara pada Selasa.

Mbappe, 21, bermain untuk pasukan Liga 1, Paris Saint-Germain dan sudah menghasilkan 90 jaringan dalam 124 perlawanan sejak 2017.

Advertisement

Must Watch Video