Ketua Pegawai Eksekutif Proevents Malaysia, Julian Kam yakin latihan terbuka yang akan diadakan pada sebelah petang di Stadium Shah Alam pada 20 Julai, tidak akan menjejaskan sambutan peminat.
Menurutnya, jualan bagi juadah berbuka puasa dan ruangan solat kepada penonton yang beragama Islam disediakan di stadium berkenaan.
Lantas, beliau optimis ia tetap mampu menarik kehadiran ramai penonton untuk menyaksikan latihan terbuka skuad ‘The Blues’ kali ini.
Julian berkata, "Berbezanya kali ini, mereka bukan saja bermain dan kemudian terus bergegas ke destinasi lain tetapi akan terus berada di situ untuk mengadakan latihan."
Lebih menarik, latihan tersebut boleh disaksikan secara percuma oleh peminat yang sudah mendapatkan tiket perlawanan tersebut.
Julian yang mengesahkan 30,000 tiket perlawanan persahabatan Malaysia-Chelsea telah dijual berkata pihaknya menyasarkan penambahan 35,000 lagi penonton untuk menyaksikan pertemuan itu nanti.
Untuk rekod, kali terakhir Chelsea mengadakan siri jelajah di Kuala Lumpur adalah pada 2011 dengan menewaskan pilihan Malaysia bimbingan Ong Kim Swee 1-0.