awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ledakan padu Son, Obiang paksa Spur, West Ham berkongsi mata

Astro Arena
Astro Arena
05/01/2018
02:54 MYT
Ledakan padu Son, Obiang paksa Spur, West Ham berkongsi mata
Son Heung-min menjaringkan gol pertama Tottenham ketika perlawanan EPL antara Tottenham Hotspur dan West Ham United di Stadium Wembley, London, Britain, 4 Jan, 2018. REUTERS
TOTTENHAM 1 WEST HAM 1
Son Heung-min mengiktiraf jaringan Pedro Obiang setelah pemain itu menyumbang gol jarak jauh West Ham seri 1-1 dengan Tottenham Hotspur dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Wembley, awal pagi tadi.
Spurs mendominasi untuk tempoh yang lama manakala West Ham gagal menghasilkan sebarang percubaan tepat sebelum minit ke-70. Ternyata ia suatu penantian yang berbaloi apabila pertahanan tengah, Obiang, melepaskan rembatan kencang dari jarak 30 meter untuk memecah kebuntuan perlawanan.
Spurs yang mempertaruhkan Harry Kane dalam kesebelasan utama semakin kecewa dalam usaha menembusi pintu gol lawan ketika permainan berbaki enam minit.
Bagaimanapun, Son muncul wira apabila memperdayakan Adrian dengan rembatan deras untuk kedua-dua pasukan berkongsi mata.
"Kami memiliki penjaga gol terbaik di dunia dan dia tidak dapat berbuat apa-apa mengenainya," kata Son.
Pemain kelahiran Korea Selatan itu bagaimanapun enggan memperbesarkan jaringan penyamaannnya kerana menganggap keputusan seri itu suatu kerugian kerana mereka tiga mata dipisahkan dengan slot Liga Juara-Juara (UCL).
"Ia tidak penting sekarang, ia adalah gol yang cantik tetapi jaringan yang cantik atau bukan tidak penting, yang penting adalah tiga mata," katanya.
"Sudah tentu kami kecewa. Kami tidak boleh gembira dengan keputusan ini tetapi saya fikir kami bermain dengan baik dan layak mendapat tiga mata."
West Ham kini dua mata daripada zon penyingkiran selepas meneruskan usaha mengagumkan mereka di bawah David Moyes.
"Kami bertahan dengan baik, saya melihat peluang itu dan saya sangat bertuah," kata Obiang.
"Kami bekerja keras, kami keletihan."
Topic Berkaitan
#gol
#Harry Kane
#Liga Perdana Inggeris
#Pedro Obiang
#Son Heung-min
#Tottenham Hotspur
#West Ham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan