SUKAN
Lee Chong Wei semakin hampir menentang Lin Dan

Datuk Lee Chong Wei membalas serangan pemain India Parupalli Kashyap, ketika pusingan kedua perseorangan lelaki di Sukan Asia 2014 di Incheon pada 26 September 2014. - AFP Photo/Pornchai Kittiwongsakul
Bintang sukan negara Datuk Lee Chong Wei, 31 membelasah juara Sukan Komanwel Parupalli Kashyap sebelum ke pusingan menetang musuh ketatnya Lin Dan pada Jumaat nanti.
Pemain nombor satu dunia itu mengalahkan pemain India itu dengan 21-12, 21-11 untuk mara ke suku akhir di Incheon, Korea Selatan.
Lawan Chong Wei suku akhir nanti akan ditentukan sama ada pemain dari Vietnam Nguyen Tien Minh atau pemain Indonesia Mustofa Ihsan Maulana.
Chong Wei dijangkakan akan menentang juara Olimpik dan musuh beliau dalam acara-acara besar Lin Dan di separuh akhir nanti.
“Saya sekarang memberi fokus kepada permainan suku akhir esok,” kata beliau yang kini dalam percubaan terakhir untuk memenangi emas untuk Sukan Asia.
Beliau tetap bermain seperti biasa walaupun berasa rindu kepada isteri dan anaknya yang berada jauh di tanah air.
“Anak saya kini berusia 17 bulan dan dia hanya boleh menyebut Mummy (ibu), bukan Daddy (ayah)” kata beliau.
“Setiap hari saya akan Face Time bersama anak dan isteri saya. Saya masih perlu berada di sini selama 10 hari, kemudian baru pulang.
“Namun selepas itu saya akan ke Denmark dan Perancis. Sekali lagi saya terlepas isteri, anak dan keluarga saya,” tambah beliau.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami