BEKAS bintang bola sepak Brazil, Pele menerima suntikan pertama vaksin COVID-19 pada Selasa.
Pemain bola sepak terkenal berusia 80 tahun itu berkongsi perkara tersebut di saluran media sosialnya dan menyifatkan ia sebagai hari yang tidak dapat dilupakan.
Bagaimanapun, Pele tidak mendedahkan lokasi beliau menerima suntikan vaksin tersebut.
“Hari ini adalah hari yang tidak dapat dilupakan - saya menerima vaksin!
"Pandemik ini belum berakhir.
"Kita mesti menjaga disiplin untuk menyelamatkan nyawa sehingga ramai orang divaksinasi,” kata bekas pemain kelab Santos dan New York Cosmos itu.
Difahamkan sejak pandemik COVID-19 melanda Brazil setahun lalu, beliau tinggal di kediamannya di Guaruja, Sao Paulo.
Dalam entri sama, Pele turut mengingatkan peminatnya agar terus menjaga diri dan kekal di rumah, jika boleh.
“Sekiranya keluar, jangan lupa pelitup muka dan jaga jarak sosial.
"Ini boleh dilakukan jika kita memikirkan orang lain dan saling membantu,” tulisnya lagi.
Setakat ini, sebanyak 257,361 kes kematian akibat COVID-19 direkodkan di Brazil.
Astro Awani
Wed Mar 03 2021

Pele yang merupakan juara Piala Dunia tiga kali tidak mendedahkan lokasi beliau menerima suntikan vaksin berkenaan - Gambar Instagram Pele

COVID-19: Angka korban global kini lebih 2.96 juta
Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 564,000 kes.

115 kuil, tokong di Kuala Lumpur didirikan secara tidak sah
Daripada jumlah itu, sebanyak lapan kes berjaya diselesaikan dengan kuil dan tokong yang terlibat diberikan surat tawaran pendudukan secara sah, manakala selebihnya ada yang ditawarkan tapak ganti.

COVID-19: Kes positif global lebih 137.8 juta
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 31.4 juta kes.

Bas terbakar dirempuh lori tangki, 20 maut
Bas yang dalam perjalanan dari Kaherah itu dilaporkan terbalik ketika cuba memotong sebuah lori sebelum dilanggar sebuah trak.

Ketidakpatuhan SOP bazar Ramadan: KKM beri kuasa kepada PBT kompaun kesalahan
Netizen mula berkongsi gambar dan video menunjukkan pengunjung bazar Ramadan bersesak-sesak, dan tidak mematuhi penjarakan fizikal ketika membeli juadah untuk berbuka di bazar Ramadan.

Reezal Merican yakin lebih ramai layak ke Sukan Olimpik Tokyo
Seramai 23 atlet di bawah Program RTT 2020 kini dalam usaha memburu slot di temasya Sukan Olimpik menerusi proses kelayakan, yang masih berlangsung sehingga Jun.

RM420.8 juta pembiayaan mikro kredit disalur menerusi PENJANA - Tengku Zafrul
Ia termasuk pemohon daripada bidang peruncitan dan perkhidmatan.

Patuhi SOP ketat agar bazar Ramadan boleh diteruskan - Chow Kon Yeow
Orang ramai digesa agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan bagi memastikan pelaksanaan bazar boleh diteruskan.

Arahan Sekatan | Turki kenakan sekatan separa penuh
Turki mengenakan arahan sekatan separa di negara itu, untuk tempoh beberapa minggu pertama dalam bulan Ramadan. Keputusan itu dibuat Presidennya, Recep Tayyip Erdogan dalam satu siaran televisyen setelah negara itu mencatatkan peningkatan kes COVID-19.

COVID-19 | Penduduk singapura boleh pilih vaksin
Penduduk di Singapura dibenarkan memilih jenis vaksin COVID-19 untuk diterima serta pusat vaksinasi menerusi sistem tempahan janji temu. Setiap pusat hanya akan membekalkan dan memberi satu jenis vaksin - sama ada Moderna atau Pfizer-Biontech.

COVID-19: India luluskan penggunaan vaksin Sputnik V
India meluluskan penggunaan vaksin Sputnik V COVID-19 buatan Rusia ketika negara itu sedang berdepan dengan peningkatan kes.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

COVID-19: Polis Brazil serbu kelab malam tidak patuh larangan
Pasukan petugas khas polis di Brazil menyerbu sebuah kelab malam di Sao Paulo dan mengusir hampir 100 orang susulan arahan larangan pesta diadakan semasa pandemik COVID-19 dikeluarkan.

Kartel daging: Polis kesan 7 lagi suspek
Datuk Huzir Mohamed, berkata dua lelaki turut dikesan bagi membantu siasatan kes berkenaan.

36 pengarah, pengurus 20 syarikat kes kartel daging import ditahan
Semua mereka adalah daripada 20 syarikat yang dikenal pasti terbabit berkomplot dalam kegiatan pengedaran daging berkenaan.

Wanita jual, suntik vaksin COVID-19 palsu ditahan
Seorang wanita yang menyamar sebagai jururawat di Brazil berdepan hukuman penjara belasan tahun selepas didakwa menjual vaksin COVID-19 palsu sehingga meraih keuntungan sehingga RM 22,764.11.

Brazil perlukan AS$1 bilion perangi penebangan hutan Amazon
Brazil memerlukan dana asing berjumlah AS$1 bilion bagi membantu mengurangkan penebangan hutan di Amazon.

COVID-19: Turki catat 37,303 kes baharu, tertinggi sejak mula pandemik
Menurut Menteri Kesihatan, Fahrettin Koca, varian baharu COVID-19 kini dikesan di setiap bandar di Turki.

Lebih 127.4 juta kes positif COVID-19 dikesan di seluruh dunia
Jumlah kes harian positif COVID-19 global kembali menunjukkan peningkatan selepas merekodkan lebih 500,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat 26 Mac 2021.