Kisah pengembaraan hebat Iceland terpaksa berhenti di Saint-Denis setelah dibenam Perancis dengan lima gol dalam perlawanan terakhir pusingan suku akhir.
Walaupun tumpas, Iceland tetap mempamer semangat juang tinggi, dan berjaya menjaringkan dua gol meskipun berdepan lawan yang jauh lebih hebat yang dibarisi pemain-pemain berstatus bintang.
Perlawanan jelas memihak kepada Les Bleus sejak sepak mula di mana Iceland bergelut untuk memiliki bola yang sentiasa di bawah penguasaan tuan rumah.
Pesta gol Perancis bermula dengan jaringan Olivier Giroud yang menerima hantaran cantik Blaise Matuidi dari tengah padang sebelum merembat dengan kaki kiri untuk gol pertama perlawanan pada minit ke-12.
Diikuti tandukan Paul Pogba daripada sepakan sudut Antoine Griezmann pada minit ke-12 meletakkan Perancis pada kedudukan selesa sambil terus mendominasi permainan.
Penyokong Iceland di Stade de France terus tergamam apabila dua lagi gol menyusul di penghujung babak pertama.
Rembatan leret Dimitri Payet dan tendangan lambung Griezmann menewaskan penjaga gol Hannes Halldorsson pada minit ke-42 dan 45, seolah-olah meleburkan semangat Vikings untuk terus memberi tentangan.
Tetapi mereka tidak mengalah, cuba berlawan dan akhirnya berjaya merobek sedikit keegoan anak buah Didier Deschamps dengan jaringan pada jarak dekat Kolbeinn Sigthorsson yang menampan masuk hantaran lintang rendah Gylfi Sigurdsson dari kanan padang.
Perancis bagaimanapun terus berdegil lantas mengembalikan kelebihan empat gol yang dimiliki apabila sekali lagi Giroud menemui sasaran, menanduk masuk sepakan percuma Payet pada minit ke-59.
Walaupun menyedari peluang untuk menang adalah mustahil sama sekali, Iceland terus mempamer kesungguhan untuk sekurang-kurangnya merapatkan kedudukan.
Tandukan Birkir Bjarnason yang menewaskan Hugo Lloris ketika perlawanan berbaki enam minit menjadi gol terakhir buat Iceland sebelum menamatkan kempen sulungnya yang cukup menakjubkan.
Keputusan akhir Perancis 5-2 Iceland.
Dengan kemenangan itu, Perancis bakal bertemu juara dunia, Jerman yang baru sahaja berjaya menamatkan badi kekalahan kepada Itali dalam setiap pertemuan di kejohanan besar.
Sementara Cristiano Ronaldo akan beradu kehebatan dengan rakan sepasukan di Real Madrid, Gareth Bale dalam satu lagi saingan separuh akhir antara Portugal dengan Wales.
Israr Khalid
Mon Jul 04 2016
Pemain tengah Perancis, Paul Pogba menanduk gol kedua pasukan pada perlawanan suku akhir Euro 2016 menentang Iceland di Stade de France, pada 3 Julai 2016. - Foto AFP / FRANCK FIFE
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
10 hospital kerajaan tawar khidmat bayar penuh PPBP - Dzulkefly
Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh yang diperkenalkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak 2007 kini tersedia di 10 hospital awam.
Euro 2020: Cristiano Ronaldo idola semua orang - Griezmann
Tanpa mengira apa jua keputusan pertembungan mereka kelak, Griezmann memuji Ronaldo dan Messi yang disifatkannya sebagai inspirasi.
Michel Platini dibebaskan
Bekas Presiden UEFA, Michel Platini dibebaskan selepas selesai siasatan berhubung penganugerahan hak penganjuran Piala Dunia dan juga Euro 2016.
Final Piala Dunia: Lloris mahu elak kekecewaan Euro 2016
Hugo Lloris berharap Perancis tidak akan mengulangi kegagalan Euro 2016 ketika berdepan Croatia dalam final Piala Dunia, malam ini.
England, Belgium buru sagu hati
Thomas Meunier berkata menewaskan England untuk perebutan tempat ketiga malam esok kini menjadi keperluan minimum untuk Belgium dalam Piala Dunia 2018.
Ibrahimovic tidak campur tangan, kata Andersson
Jurulatih Sweden, Janne Andersson, menegaskan Zlatan Ibrahimovic tidak mempengaruhi persediaan pasukan berkenaan menjelang aksi pembukaan dengan Korea Selatan, malam esok.
Bola sepak persahabatan: Brazil tebus maruah kalahkan Jerman
Gabriel Jesus muncul wira Brazil dengan gol kemenangan untuk menebus kekalahan memalukan pada 2014.
Ibrahimovic mungkin beraksi di Rusia?
Ibrahimovic mengumumkan persaraan daripada skuad kebangsaan selepas Euro 2016, selepas dia gagal untuk menjaringkan gol dalam ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan sekaligus tersingkir awal.
Cristiano Ronaldo diangkat sebagai Raja Media Sosial
Selain hebat di padang dan membawa kejayaan untuk pasukan, Ronaldo juga menjadi pujaan jutaan peminat sedunia di media sosial.
Awas dendam Sepanyol - Bonucci
Anak buah Vicente del Bosque bertandang ke Perancis dengan harapan untuk melakar kejuaraan ketiga, namun disingkirkan Itali yang ketika itu dikendalikan Antonio Conte dalam pusingan 16 terakhir.
Griezmann tidak berhak raih anugerah Euro 2016 - Leboeuf
Bekas pemain antarabangsa Perancis, Frank Leboeuf, berasakan penyerang berusia 25 tahun itu tidak cukup konsisten untuk layak meraih anugerah berkenaan.