Lewis Hamilton pecah rekod kemenangan Michael Schumacher

Faris Danial Razi
Oktober 25, 2020 15:12 MYT
Juara dunia enam kali, Hamilton mengesahkan kemenangan penting di Portimao untuk memperkukuhkan statusnya sebagai pelumba terbaik sepanjang masa. - Reuters
PORTIMAO: Pemandu pasukan Mercedes-AMG Petronas, Lewis Hamilton berjaya memecahkan rekod kemenangan terbanyak pemandu Formula Satu (F1), Michael Schumacher selepas menguasai perlumbaan di pusingan Grand Prix Portugis pada Ahad.
Kejayaannya di Portimao itu menjadi kemenangan yang ke-92 sepanjang kariernya selepas menang buat kali ke-91 sewaktu di pusingan Jerman sebelum ini.
Hamilton memiliki kemenangan selesa dengan mengatasi rakan sepasukannya di Mercedes, Valtteri Bottas di tempat kedua, sementara pemandu pasukan Red Bull, Max Verstappen di tempat ketiga.

92 race wins!@LewisHamilton rewrites the #F1 history books #PortugueseGP pic.twitter.com/rPBSACeX3G

— Formula 1 (@F1) October 25, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Juara dunia enam kali, Hamilton mengesahkan kemenangan penting di Portimao untuk memperkukuhkan statusnya sebagai pelumba terbaik sepanjang masa.
Sebelum ini, Hamilton hampir memecah rekod Schumacher sewaktu pusing Grand Prix (GP) Rusia bulan lalu, namun terpaksa berpuas hati di tempat ketiga di belakang Max Verstappen apabila dikenakan penalti.
Pemandu Britain itu berdepan siasatan kerana memasuki kawasan yang tidak dibenarkan di Sochi.
BACA: GP Russia: Hamilton terlepas ulangi rekod Schumacher gara-gara penalti
#Lewis Hamilton #Mercedes #Petronas #F1 #Grand Prix #Jerman #Michael Schumacher #Britain #Max Verstappen