VALTTERI Bottas menjuarai Grand Prix (GP) Russia untuk mengecewakan Lewis Hamilton yang dalam usaha untuk menyamai rekod kemenangan terbanyak milik Michael Schumacher.
Bottas meraih kejayaan keduanya musim ini selepas perlumbaan pembukaan di Austria untuk merapati kedudukan rakan sepasukan di kem Mercedes itu bagi gelaran pelumba.
Pendahulu kejuaraan, Hamilton, terpaksa berpuas hati di tempat ketiga di belakang Max Verstappen apabila penalti yang dikenakan itu terbukti memainkan peranan penting.
Selepas melalui apa yang digambarkannya sebagai sesi kelayakan yang mengerikan semalam untuk meraih petak utama, pemandu Britain itu berdepan disiasat atas memasuki kawasan yang tidak dibenarkan di Sochi.
Juara dunia enam kali itu berjaya mengatasi Bottas yang cuba memulakan perlumbaan dengan agresif apabila mengekalkan kedudukannya pada awal saingan yang turut membabitkan kereta keselamatan.
Sebaik perlumbaan bersambung, Hamilton diberitahu bahawa dia telah dikenakan penalti 10 saat dalam insiden pusingan ke-17 ketika cuba bertukar kepada tayar jenis keras.
Dia di tempat ke-11 sebaik memasuki semula litar dan sambil mampu melangkah ke lapangan, impiannya untuk melakar kejayaan ketiga berturut-turut di Russia -- keputusan yang akan membolehkannya menyamai jumlah 91 kemenangan pemandu legenda kelahiran Jerman itu -- tertangguh.
Namun, Mercedes tetap mengekalkan rekod 100 peratus di litar itu yang menyaksikan Bottas tidak menghadapi masalah untuk mengungguli perlumbaan dengan lapan saat mendahului pemandu Red Bull, Verstappen.
Astro Arena
Sun Sep 27 2020
Valtteri Bottas meraikan kejayaan selepas memenangi GP Russia di litar Sochi Autodrom, Sochi, Russia, 27 Sept, 2020. (Foto AP)
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Hamilton akui terkejut lebih pantas berbanding Red Bull di Mexico
Valtteri Bottas dan rakan sepasukannya Hamilton mengejutkan pelumba Red Bull, Max Verstappen semalam.
F1: Jangan bergantung kepada kejayaan, terus kerjasama sebagai satu pasukan - Bottas
Pasukan Mercedes-AMG Petronas F1 (Formula Satu) tidak boleh terus dibuai dengan kejayaan mereka mendominasi sirkit.
F1: Kesilapan punca Verstappen bermula di belakang duo Mercedes
Kali terakhir pemandu F1 yang mewakili Red Bull itu menang ialah di Imola dan pasukannya sekali lagi kelihatan menikmati rentak terbaik di Portimao dalam pusingan kelayakan.
F1: Lewis Hamilton catat masa terpantas di Grand Prix Portugis
Hamilton merekodkan kelebihan 0.143 saat berbanding pemandu Red Bull, Max Verstappen di tempat kedua.
Max Verstappen menang di GP Abu Dhabi
Pemandu Mercedes Valtteri Bottas menamatkan perlumbaan di tempat kedua.
Lewis Hamilton menyamai rekod dunia tujuh kali Michael Schumacher
Untuk merangkul kejuaraan F1 di Istanbul Park, pemandu Mercedes itu perlu mendahului lapan mata rakan sepasukan , Valtteri Bottas.
GP Russia: Hamilton terlepas ulangi rekod Schumacher gara-gara penalti
Bottas meraih kejayaan keduanya musim ini selepas perlumbaan pembukaan di Austria untuk merapati kedudukan rakan sepasukan di kem Mercedes itu bagi gelaran pelumba.
F1: Hamilton menang perlumbaan di litar Tuscan, Itali
Rakan sepasukan Valtteri Bottas dari Finland di tempat kedua dengan ketinggalan 4.8 saat di belakang pemandu berasal dari Britain itu.
Lewis Hamilton dominasi GP Sepanyol
Ini adalah kemenangan keempat Hamilton daripada enam perlumbaan musim ini.
Hamilton juara di Sepanyol
Hamilton meningkatkan penguasaan dalam kejuaraan dunia kepada 17 mata selepas memenangi Grand Prix Sepanyol pada Ahad.