awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liek Hou cemerlang di Sepanyol

Bernama
Bernama
05/03/2023
16:52 MYT
Liek Hou cemerlang di Sepanyol
Juara dunia Cheah Liek Hou merangkul gelaran pertamanya tahun ini selepas muncul juara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) Kejohanan Badminton Para Antarabangsa Sepanyol Tahap 1, di Toledo, malam ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Juara dunia Cheah Liek Hou merangkul gelaran pertamanya tahun ini selepas muncul juara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) Kejohanan Badminton Para Antarabangsa Sepanyol Tahap 1, di Toledo, malam ini.
Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020 itu menewaskan Fang Jeng Yu dari Taiwan 21-7, 21-13 pada final yang berlangsung selama 27 minit.
Kejayaan itu mengubati kekecewaannya yang muncul naib juara Kejohanan Badminton Para Antarabangsa Sepanyol Tahap 2 bulan lalu selepas kecundang di tangan musuh ketatnya dari Indonesia, Dheva Anrimusthi.
Sebagai rekod, Liek Hou mencipta sensasi selepas merampas semula gelaran juara perseorangan SU5 pada Kejohanan Para Badminton Dunia di Tokyo, Jepun, November tahun lepas.
Pencapaian itu menyaksikan atlet berusia 34 tahun itu meraih gelaran dunia ke-12 selepas muncul juara perseorangan kali ketujuh dan mengumpul lima kejuaraan bagi kategori beregu lelaki SU5.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Cheah Liek Hou
#Kejohanan Badminton Para Antarabangsa Sepanyol
#juara dunia
#juara perseorangan lelaki SU5
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan