KUALA LUMPUR: Selepas meraih gelaran ke-13 berturut-turut di peringkat antarabangsa, jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou kini fokus memburu pingat emas peribadi ke-12 pada Kejohanan Badminton Para Dunia di Tokyo pada 1-6 Nov ini.
Pemenang emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020 itu mengakui menaruh harapan tinggi untuk merangkul semula gelaran juara dunia yang pernah diraihnya pada edisi 2017 di Ulsan, Korea Selatan, selepas kecundang di pentas separuh akhir pada edisi 2019 di Basel, Switzerland.
"Saya memang nak tebus semula kekalahan saya pada 2019 yang lalu, sekarang saya baru balik (dari) pertandingan di Thailand, jadi minggu ini merupakan minggu pemulihan, selain saya juga rehat untuk menyambut Hari Kemerdekaan.
"Tapi minggu pertama September saya akan fokus semula latihan," katanya kepada Bernama ketika ditemui di program Oyen's Day Out, Selamatkan Harimau Malaya di Zoo Negara di sini semalam.
Pada kejohanan dunia 2019, Liek Hou bukan sahaja terpaksa melepaskan penguasaan dalam acara perseorangan lelaki SU5 selepas tewas kepada Dheva Anrimusthi dari Indonesia, malah turut kehilangan kedudukan nombor satu dunia.
Atlet kelahiran Kuala Lumpur berusia 35 tahun itu berkata beliau akan menumpukan kepada latihan yang mampu meningkatkan kekuatan fizikalnya menjelang aksi di Tokyo.
Jelasnya, penyertaan dalam terlalu banyak kejohanan kebelakangan ini telah memberi kesan kepada tahap kekuatan fizikalnya.
Liek Hou, yang juga juara Sukan Para ASEAN ke-11 di Solo, Indonesia baru-baru ini, berkata jurulatihnya telah menyediakan program latihan terbaik buatnya untuk tempoh dua bulan mendatang.
"Untuk latihan ini juga saya akan berlatih dengan atlet profesional perseorangan yang lain dan saya rasa latihan bersama mereka sudah lebih mencukupi sebagai persediaan saya untuk ke kejohanan dunia ini," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pembangunan Sukan) Majlis Sukan Negara (MSN) Suhardi Alias berkata program semalam amat penting dalam memberi kesedaran kepada orang ramai untuk bersama-sama memelihara Harimau Malaya daripada kepupusan.
"CSR (program tanggungjawab sosial korporat) ini juga demi menyambut aspirasi MSN bersama atlet negara menjayakan kempen menyelamatkan Harimau Malaya, selain turut membawa maskot Oyen untuk memberitahu orang ramai bahawa Sukan Malaysia (SUKMA) akan berlangsung dalam masa 20 hari lagi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 27 2022
Liek Hou ditemubual pada program CSR sempena Kempen Selamatkan Harimau Malaya di Zoo Negara, Kuala Lumpur, 27 Ogos 2022. --fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: Kes dadah murid dan pelajar semakin membimbangkan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kementerian luar pantau isu ketegangan di Laut China Selatan
Kementerian Luar Negeri mengambil maklum dan sentiasa memantau perkembangan isu-isu di Laut China Selatan, termasuklah ketegangan antara China dan Filipina di Laut China Selatan.
Cukai GST jadi mekanisme untuk kurangkan fiskal negara
Menurut Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, pengenalan semula GST adalah langkah yang selari dengan matlamat kerajaan untuk mengecilkan jurang fiskal dalam kewangan negara.
'Backbenchers' dibenarkan aju lebih soalan
Pihak penyokong kerajaan atau backbenchers dibenarkan untuk mengajukan lebih banyak soalan dalam kedudukan 10 teratas bagi sesi soal jawab lisan dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat.
Mana check and balance? soal pembangkang
Pembangkang membantah keputusan membenarkan Ahli Parlimen Kerajaan mengajukan lebih banyak soalan dalam kedudukan 10 teratas bagi sesi soal jawab lisan dalam aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat.
Peguam GISB rayu kerajaan, pihak berkuasa lebih 'ihsan' dalam siasatan
Menurut Rosli, GISB bukanlah kumpulan pengganas atau melakukan perniagaan yang menyalahi undang-undang sehingga tindakan SOSMA perlu dikenakan terhadap mereka.
Banjir: Jumlah mangsa berkurang, namun beberapa daerah masih terjejas
Wakil Astro AWANI Kedah, Abdul Hadi Che Awang membawakan perkembangan terkini situasi banjir di Kedah.
Jawatankuasa fatwa Melaka putuskan ajaran GISB sesat
Jawatankuasa Fatwa Melaka memutuskan doktrin ajaran dan kepercayaan GISB Holdings Sdn Bhd adalah sesat sama seperti ajaran dan kepercayaan al-Arqam yang telah diwartakan pada 1994.
Kematian model Belanda: Polis kemuka notis biru kepada Interpol untuk kesan pasangan AS
Notis itu dikemukakan Rabu lepas terhadap Alexander William Johnson, 51, dan Lunara Almazkyzy, 37, yang dikaitkan dengan kematian Ivana.
Lubang benam: Hasil penuh siasatan dalam peringkat akhir penelitian
Kedua-dua laporan itu akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri dahulu sebelum sebarang keputusan diambil sama ada untuk mendedahkannya kepada umum.
Paralimpik Paris 2024: Anwar ucap tahniah kepada Liek Hou rangkul emas pertama
Pencapaian Cheah Liek Hou sangat membanggakan kerana telah mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
Paris 2024 bukan pengakhiran, semangat Liek Hou masih membara untuk berjuang
Liek Hou mengakui masih dahagakan kejayaan demi mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.
Paralimpik Paris 2024: Cheah Liek Hou sumbang emas pertama buat Malaysia
Ia sekali gus mengulangi pencapaiannya semasa Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Paralimpik Paris 2024: Emas sulung negara hari ini?
Tumpuan peminat sukan tanah air akan terarah kepada kemampuan jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou berpotensi membutirkan pingat emas pertama negara pada temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 di s
Paris 2024: Liek Hou selangkah pertahan emas, Fareez terkandas
Liek Hou mengesahkan final kedua berturut-turut di pentas Paralimpik dengan mengambil masa 47 minit menumbangkan Dheva Anrimusthi dari Indonesia.
Paralimpik Paris 2024: Liek Hou terus catat kemenangan
Cheah Liek Hou berjaya muncul juara Kumpulan A selepas menewaskan Suryo Nugroho pada Sukan Paralimpik Paris 2024.
Paralimpik Paris 2024: Liek Hou bermula cemerlang, Muhammad Fareez kejutkan Jen-Yu
Cheah Liek Hou memulakan misi mempertahankan pingat emas perseorangan lelaki SU5 (cacat fizikal) dengan cemerlang pada hari pertama Sukan Paralimpik Paris 2024.
Paralimpik Paris 2024: Pengalaman Tokyo jadi taruhan Cheah Liek Hou di Paris
Cheah Liek Hou mempertaruhkan pengalaman Paralimpik Tokyo 2020 apabila memulakan kempen mempertahankan pingat emas di temasya Paris 2024.
#Gold: Jack Tan akui susah mainkan watak Liek Hou, ambil masa 6 bulan untuk latihan badminton
Gold mengisahkan perjalanan hidup jaguh badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou sejak kecil.
#Gold: Farid Kamil bangga terpilih jayakan watak Rashid Sidek
Gold mengisahkan perjalanan hidup jaguh badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou sejak kecil.