awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liek Hou terharu terima KMN daripada Yang di-Pertuan Agong

Bernama
Bernama
04/06/2025
00:50 MYT
Liek Hou terharu terima KMN daripada Yang di-Pertuan Agong
Liek Hou (kiri) antara 14 individu yang menerima Bintang KMN dalam Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan bagi tahun 2025 pada Isnin. - Foto Facebook Sultan Ibrahim
KUALA LUMPUR: Jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou meluahkan rasa syukur dan terharu selepas dikurniakan Bintang Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda di Istana Negara, pada Isnin.
Liek Hou, 37, berkata pengiktirafan itu merupakan detik paling bermakna dalam perjalanan kariernya sebagai atlet paralimpik.
"Saya amat berbangga dan berterima kasih atas pengurniaan ini. Seperti kita sedia maklum, pengurniaan darjah kebesaran oleh Yang di-Pertuan Agong bukanlah sesuatu yang mudah dan saya amat menghargainya.
"Bagi saya, ini satu pencapaian luar biasa yang menandakan saya telah membawa nama negara ke tahap yang membanggakan di peringkat antarabangsa," katanya ketika dihubungi Bernama, semalam.
Beliau merupakan antara 14 individu yang menerima Bintang KMN dalam Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan bagi tahun 2025.
Mengulas perancangannya, pemenang pingat emas perseorangan lelaki kategori SU5 di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dan Paris 2024 itu berkata fokusnya kini adalah untuk pulih sepenuhnya daripada kecederaan kaki yang dialami.
"Matlamat saya ialah untuk terus kekal konsisten dan kembali bersedia menghadapi kejohanan penting bermula tahun depan," katanya.
Selain dua gelaran Paralimpik, Liek Hou juga merupakan juara dunia 14 kali - lapan kali dalam acara perseorangan dan enam kali dalam beregu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Cheah Liek Hou
#atlet paralimpik
#Kesatria Mangku Negara
#KMN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami