awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liek Hou tidak kesal bersuara isu ganjaran Paris 2024

Bernama
Bernama
23/09/2025
11:00 MYT
Liek Hou tidak kesal  bersuara isu ganjaran Paris 2024
Atlet badminton para negara, Cheah Liek Hou pada sidang media pemberian tajaan khas kepada pemenang pingat paralimpik di Menara KBS hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou menegaskan beliau tidak menyesal bersuara mengenai isu ganjaran dijanjikan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) pada Sukan Paralimpik 2024 di Paris.

Ringkasan AI
  • Jaguh para badminton negara menegaskan tidak menyesal bersuara mengenai isu ganjaran MPM untuk melindungi hak atlet para lain, termasuk generasi muda.
  • Liek Hou mencadangkan penggunaan template penajaan RTG untuk elak isu berulang. Beliau bersama Bonnie Bunyau menerima ganjaran tambahan RM35,000 daripada 99 Speed Mart, menjadikan jumlah keseluruhan RM60,000 seperti dijanjikan.
  • Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menjelaskan sumbangan 99 Speed Mart tidak termasuk dalam senarai penaja MPM sebelum ini. Liek Hou sebelum ini mendakwa MPM gagal menunaikan janji insentif RM60,000 selepas kejayaan di Paris 2024.

Pemenang dua kali pingat emas perseorangan lelaki SU5 itu berkata tindakannya dibuat bagi melindungi hak semua atlet para, termasuk rakan sepasukan dan atlet muda yang bakal mewakili negara.
"Kalau saya tidak bersuara, perkara ini mungkin akan berulang kepada atlet para lain. Saya akan lakukan yang terbaik untuk mewakili mereka dan mencari penyelesaian," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Beliau berharap isu itu tidak berulang pada masa depan dan mencadangkan semua pihak menggunakan 'template' penajaan oleh inisiatif Road To Gold (RTG) bagi memastikan ganjaran penaja didokumenkan secara rasmi.
Terdahulu, Liek Hou, 38, bersama jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin, masing-masing menerima ganjaran tambahan RM35,000 daripada syarikat rangkaian kedai runcit 99 Speed Mart Sdn Bhd susulan kejayaan meraih emas di Paris 2024.
Atlet olahraga Datuk Abdul Latif Romly dan Muhammad Ziyad Zolkefli pula menerima RM15,000 setiap seorang selepas menyumbang pingat perak, manakala Eddy Bernard memperoleh RM7,000 hasil kejayaan membawa pulang gangsa, menjadikan keseluruhan sumbangan syarikat itu sebanyak RM107,000.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh pada sidang media sama menjelaskan sumbangan berkenaan tidak termasuk dalam senarai tiga syarikat diumumkan MPM sebelum ini, yang dilaporkan mahu memberi ganjaran RM60,000 kepada pemenang emas Paralimpik 2024.
Menurut Liek Hou, ganjaran tambahan diterimanya hari ini menjadikan jumlah keseluruhan mencecah RM60,000 seperti dijanjikan MPM, selepas beliau menerima RM25,000 daripada badan induk sukan para itu.
Sebelum ini, Liek Hou mendakwa MPM gagal menunaikan insentif RM60,000 yang dijanjikan selepas kejayaannya di Paris dan meluahkan kekecewaan itu menerusi media sosial.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jaguh badminton para negara
#Cheah Liek Hou
#isu ganjaran
#dijanjikan Majlis Paralimpik Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan