awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liek Hou-Fareez juarai Kejohanan Badminton Para Antarabangsa Thailand

Bernama
Bernama
14/05/2023
17:00 MYT
Liek Hou-Fareez juarai Kejohanan Badminton Para Antarabangsa Thailand
Pilihan kedua kejohanan itu menempuh aksi mendebarkan bertemu gandingan China, Mingpan Li-Shi Shengzhuo biarpun melakar kemenangan set pertama 21-15 pada aksi final yang berlangsung di Pattaya. - Gambar Instagram @cheahliekhou4956
KUALA LUMPUR: Gandingan badminton para negara, Cheah Liek Hou-Muhammad Fareez Anuar muncul juara acara beregu lelaki kategori SU5 (kecacatan fizikal) pada Kejohanan Badminton Para Antarabangsa Thailand, pada Ahad.
Pilihan kedua kejohanan itu menempuh aksi mendebarkan bertemu gandingan China, Mingpan Li-Shi Shengzhuo biarpun melakar kemenangan set pertama 21-15 pada aksi final yang berlangsung di Pattaya.
Gandingan China bangkit memberikan tentangan di set kedua dengan kemenangan 24-22 untuk mengheret perlawanan ke set penentuan yang kemudian dinoktahkan dengan kemenangan Liek Hou-Fareez 21-14.
Kejayaan dilakar gandingan negara itu, sekali gus mengubati kekecewaan Liek Hou yang terkandas di pusingan suku akhir acara perseorangan lelaki SU5 di tangan pemain Indonesia, Suryo Nugroho 18-21, 21-10 dan 18-21, Jumaat lepas.
View this post on Instagram
A post shared by Cheah Liek Hou 謝儮好 (@cheahliekhou4956)
"Kesilapan yang saya lakukan di sini akan dijadikan sebagai satu pengalaman.
"Esok saya akan pergi ke Bahrain untuk berjuang lagi dan berharap dapat mengembalikan kondisi serta memperoleh prestasi yang lebih bagus," menurutnya menerusi perkongsian di Instagram.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton para negara
#Cheah Liek Hou-Muhammad Fareez Anuar
#Kejohanan Badminton Para Antarabangsa Thailand
#beregu lelaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan