Nampaknya juara lima kali Kejohanan Liga Europa, Liverpool terpaksa menunggu lebih lama untuk melayakkan diri ke peringkat 32 pasukan apabila diikat dengan keputusan seri 2-2 oleh Young Boys dari Switzerland.

Beraksi di Anfield, Jurulatih Brendan Rodgers meletakkan Luis Suarez dan Steven Gerrard dibangku simpanan di babak awal perlawanan.

Tandukan Jonjo Shelvey memberikan gol pendahuluan buat Liverpool sebelum Raul Bobadilla menyamakan kedudukan buat Young Boys.

Jaringan Joe Cole kemudiannya memberikan kegembiraan buat Liverpool.

Namun berbaki 2 minit perlawanan, Elsad Zverotic memberikan pasukan pelawat satu mata apabila menjaringkan gol kedua buat Young Boys.

Seri 2-2 bermaksud Liverpool perlu berhadapan kelab Itali Udinese untuk memastikan kemaraan.
Dalam keputusan lain, kelab Rusia Anzhi Makhachkala mara ke peringkat seterusnya selepas mencatatkan kemenangan 2-0 keatas Udinese. Kemenangan turut dibantu oleh gol penyerang sensasi Samuel Eto.

Satu lagi kelab Inggeris, Tottenham juga sekadar seri 0-0 dengan kelab Itali Lazio.

Juga berita gembira buat kelab EPL, Newcastle United yang memastikan kemaraan meskipun diikat seri satu sama oleh kelab Portugal Maritimo.