awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Europa: West Ham-Olympiacos risau ancaman samseng bola sepak

Astro Arena
Astro Arena
26/10/2023
02:50 MYT
Liga Europa: West Ham-Olympiacos risau ancaman samseng bola sepak
MOYES: Anda tidak melakukan apa-apa kebaikan kepada kelab jika anda dikenakan larangan ke stadium atau pasukan anda tersingkir daripada kempen Eropah. - Foto Astro ARENA
DAVID Moyes menggesa penyokong West Ham dan Olympiacos supaya tidak bertindak sendiri dalam pertembungan di Greece sempena kempen Liga Europa.
Bola sepak di Athens bergolak selepas perlawanan liga di antara Olympiacos dengan seteru utama, Panathinaikos, pada Ahad lalu terpaksa ditangguhkan selepas seorang pemain lawan terkena mercun.
Olympiacos kemudiannya mengeluarkan amaran kepada penyokong mereka supaya tidak melemparkan mercun roket serta menyuluh laser yang sering menjadi masalah besar dalam bola sepak Greece.
Sementara itu, penyokong West Ham diharamkan daripada mengikuti perlawanan terakhir saingan Eropah di Freiburg berikutan hukuman mercun roket yang dilancarkan dalam kejayaan Liga Persidangan Eropah ke atas Fiorentina, Jun lalu.
Justeru, pengurus The Hammers tersebut dalam sidang akhbar pra-perlawanan berkata: “Mereka mendapat sokongan padu di sini, semangat yang hebat dan adalah seronok untuk berkunjung ke sebuah bandar di mana bola sepak sangat penting.
“Anda mahukan semangat dan suasana tetapi kami juga mahu tingkah laku yang baik daripada penyokong kami termasuk penyokong Olympiacos.
“Ini merupakan perlawanan getir tetapi adalah penting untuk semua orang bekerjasama dan akhirnya menikmati malam yang baik.
“Saya rasa apa yang kita mahukan ialah permainan bola sepak yang bagus. Anda perlu menyokong pasukan sendiri dengan baik.
"Anda tidak melakukan apa-apa kebaikan kepada kelab jika anda dikenakan larangan ke stadium atau pasukan anda tersingkir daripada kempen Eropah.
“Anda perlu berkelakuan baik dan kami mahukan penyokong berkelakuan sebegitu.”
Topic Berkaitan
#Liga Europa
#David Moyes
#samseng bola sepak
#West Ham-Olympiacos
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan