PUSINGAN separuh akhir pertama Piala Juara-Juara Eropah di antara Manchester City dan Real Madrid berakhir dengan seri tanpa jaringan.

Penjaga gol City, Joe Hart menjadi wira pasukan apabila berjaya menyelamatkan beberapa cubaan gol dalam aksi di Stadium Etihad.

Real pula sedikit tempang tanpa penyerang utama Cristiano Ronaldo yang belum pulih daripada kecederaan.

Perlawanan awal pagi tadi sepatutnya menjadi pertemuan di antara dua gergasi bola sepak Eropah, namun ia disifatkan pertemuan paling kurang aksi dalam sejarah Liga Juara-Juara.

Di atas kertas, pusingan kedua separuh akhir bakal memihak kepada Real Madrid kerana beraksi di hadapan penyokong sendiri di Bernabéu.