awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Juara-Juara: Masalah pengangkutan ganggu Real Madrid

Astro Arena
Astro Arena
17/05/2023
09:08 MYT
Liga Juara-Juara: Masalah pengangkutan ganggu Real Madrid
Ancelotti berkata dalam sidang akhbar pra-perlawanannya: "Saya sangat tenang, penuh harapan, memiliki keyakinan tinggi." - Stadium Astro
REAL MADRID mahu mengetepikan isu kelewatan di lapangan terbang untuk tiba di Stadium Etihad dalam suasana santai menjelang aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara (UCL) menentang Manchester City.
Juara Eropah itu terpaksa menunggu lebih setengah jam di balai ketibaan Lapangan Terbang Manchester, awal pagi tadi selepas bas pasukan tidak dapat mengambil mereka tepat pada masanya.
Namun, tidak lama lagi kemudian skuad kendalian Carlo Ancelotti itu dibawa ke stadium -- gelanggang latihan mereka menjelang pertembungan getir berkenaan selepas seri 1-1 dalam perlawanan pertama di Bernabeu, minggu lalu.
Tidak lama lagi kemudian skuad kendalian Carlo Ancelotti itu dibawa ke stadium -- gelanggang latihan mereka menjelang pertembungan getir. - Foto Stadium Astro
Tidak lama lagi kemudian skuad kendalian Carlo Ancelotti itu dibawa ke stadium -- gelanggang latihan mereka menjelang pertembungan getir. - Stadium Astro
Pengurus itu berkata dalam sidang akhbar pra-perlawanannya: “Saya sangat tenang, penuh harapan, memiliki keyakinan tinggi.
“Esok, ketika hari perlawanan berulah kebimbangan akan timbul dan anda mula memikirkan segala-galanya, sama ada (Erling) Haaland akan menjaringkan gol atau (Kevin) De Bruyne akan melukakan anda.
“Tetapi saya cuba membuangnya dari fikiran saya. Ini semua tentang menguruskan corak pemikiran.
“Kami sangat gembira dapat berada di sini, kami berasa baik. Ia adalah acara biasa bagi kami untuk berada dalam separuh akhir.
“Ia adalah kali ke-11 daripada 13 musim kami berjaya melangkah ke separuh akhir. Itu bukan mudah. Kami menikmatinya selagi boleh.” -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Real Madrid
#Manchester City
#Liga Juara-Juara
#UCL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan