awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga-M berpotensi melingkup andai isu tunggakan gaji berlarutan

Sinar Harian
Sinar Harian
20/06/2024
22:10 MYT
Liga-M berpotensi melingkup andai isu tunggakan gaji berlarutan
PEKAN: Transformasi segera perlu dilakukan; jangan malu untuk berubah biarpun ia seperti mengundur ke belakang atau bagaikan terpaksa merendah diri. - Gambar fail
LIGA Malaysia (Liga-M) berpotensi melingkupi dalam masa beberapa tahun lagi sekiranya isu tunggakan gaji yang melanda beberapa pasukan tidak diselesaikan secara serius menerusi transformasi.
Malah lebih mengecewakan menurut penganalisis sukan tanah air, Datuk Dr Pekan Ramli, pendekatan diambil pentadbir Liga Bolasepak Malaysia (MFL) juga seolah-olah gagal memberi kesan dalam mendidik pemilik kelab untuk lebih bertanggungjawab dalam mengurus kewangan.
“Sejujurnya saya boleh katakan Liga Malaysia akan 'collapse' sekiranya tiada usaha serius dilakukan ke arah mentransformasikan liga.
“Saingan liga baru memasuki dua perlawanan, namun sudah kedengaran beberapa pasukan bergelut untuk menyelesaikan tunggakan gaji.
“Lebih malang lagi pasukan dikenakan tindakan tegas MFL sebelum ini terpalit isu tunggakan gaji, masih belum menyelesaikan tanggungjawab mereka,” katanya ketika ditemui pemberita di Putrajaya pada Khamis.
Sebagai rekod, isu tunggakan mula berlegar di media sejak kebelakangan ini biarpun saingan liga teratas negara telah memasuki perlawanan ketiga.
Dalam pada itu, Pekan juga menyifatkan ekosistem dan persekitaran liga bola sepak negara juga kini semakin tidak sihat dan tenat.
Jelasnya, keghairahan penyokong semakin terhakis, tiada rangsangan keghairahan dan kurang bernafsu, sebaliknya aktiviti provokasi panas terus memuncak dilakukan segelintir golongan yang bukan jenis hadir ke stadium.
“Jumlah pasukan bersaing di Liga Super mula berkurang. Musim lalu 18 pasukan, musim ini 14 pasukan, musim depan mungkin 10 pasukan sahaja dan musim-musim seterusnya mungkinkah hanya tinggal JDT, Selangor, Terengganu?
“Transformasi segera perlu dilakukan. Jangan malu untuk berubah biarpun ia seperti mengundur ke belakang atau bagaikan terpaksa merendah diri. Liga Malaysia perlukan penstrukturan semula.
“Buatlah perubahan bukan kerana ia memberi kebaikan untuk satu-satu pasukan, tetapi mestilah kebaikan itu untuk semua pasukan atau kelab termasuk skuad kebangsaan. Jika tidak dilakukan dengan segera Liga Malaysia menunggu masa untuk terhumban ke laut,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Liga Malaysia
#tunggakan gaji
#MFL
#Pekan Ramli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan