awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Malaysia kembali ke Astro, 244 perlawanan dalam siaran HD

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
16/02/2023
14:57 MYT
Liga Malaysia kembali ke Astro, 244 perlawanan dalam siaran HD
Sebanyak 244 perlawanan akan disiarkan dalam HD bermula dengan perlawanan Piala Sumbangsih Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.
PETALING JAYA: Selepas hampir sedekad, Astro teruja untuk kembali sebagai penyiar rasmi Liga Malaysia, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai 'Home of Sports'
Bagi musim 2023/24, Astro komited untuk meningkatkan tahap liputan bukan sahaja untuk perlawanan, tetapi juga di belakang tabir, berita bola sepak terkini serta taklimat media sebelum dan selepas perlawanan.
"Rasanya seperti bola sepak sudah pulang ke rumahnya. Ia akan menjadi satu pengalaman yang mengagumkan. Kami akan siarkan kesemua 244 perlawanan di semua platform kami, satu pengalaman menonton yang menakjubkan bagi peminat.
"Kami percaya Astro adalah ‘rumah’ untuk sukan di Malaysia kerana kami berupaya memberikan liputan yang hebat, bukan sahaja kepada perlawanan, tetapi juga rancangan-rancangan majalah, sesi-sesi latihan dan pelbagai perkara di sekeliling permainan itu sendiri untuk benar-benar melibatkan peminat dalam permainan ini, di samping memikat peminat baru. Semua ini demi meningkatkan nilai dan rasa cinta kepada bola sepak di Malaysia," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Smith.
Sebanyak 244 perlawanan akan disiarkan dalam siaran berdefinisi tinggi (HD) bermula dengan perlawanan Piala Sumbangsih (Piala Sultan Haji Ahmad Shah), Liga Super, Piala FA, dan Piala Malaysia.
Astro juga membawakan dua saluran HD terbaharu khusus untuk Liga Malaysia iaitu Astro Arena Bola (Saluran 803) dan Astro Arena Bola 2 (Saluran 804) untuk menyiarkan perlawanan secara langsung dan ulangan.
Turut disiarkan ialah 13 program sokongan Liga Malaysia iaitu hari pra-perlawanan, hari perlawanan dan hari selepas perlawanan, termasuk di saluran On Demand, Astro GO, and platform digital.
Sementara itu, seramai lapan orang pundit akan terbabit dalam membuat analisis perlawanan, iaitu Datuk Zainal Abidin Hassan, B. Sathianathan, Azman Adnan, Safee Sali, Norsharul Idlan Talaha, Razman Roslan, Shahrom Kalam, dan Nizaruddin Yusof.
Manakala barisan pengulas pula terdiri daripada Zainal Abidin Rawop, Izwan Mohd Noor, Aiman Sekaiichi, Wan Khairil Azwa, Asmawi Bakiri, Syed Adney, Hasnizam Uzir, dan Datuk Richard Scully.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Liga Malaysia
#MFL
#Astro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan