SUKAN
Liga Perdana: Kedah bangkit, Sime Darby menang besar

Kedah bangkit dari ketinggalan untuk meraih kemenangan tipis 2 - 1 ke atas SPA Putrajaya FC.
Beraksi di Stadium UiTM Shah Alam, Kedah mempamerkan permainan agresif pada 15 minit pertama.
Namun SPA bangkit mengawal permainan dan melakukan beberapa serangan terhadap gawang Sang Kenari.
Babak pertama perlawanan berlangsung tanpa sebarang jaringan.
Pada separuh masa kedua, SPA terlebih dahulu melakukan kejutan meledak gol pembukaan.
Ia diperolehi menerusi rembatan Mohd Hanifuddin yang tepat menerjah gawang Kedah menbuatkan skuad hijau kuning itu mula memperkemaskan permainan.
Hasilnya, gol penyamaan diperolehi pada minit ke-60 menerusi jaringan penalti Nelson Marselo.
Sepuluh minit seterusnya menyaksikan Khyril Muhaimin pantas menanduk masuk bola hasil dari sepakan sudut Marcelo, memberikan gol kedua untuk Kedah.
Berikut adalah keputusan perlawanan liga perdana yang lain:
Perlis 1-1 UiTM FC
Johor 2-1 PDRM
Sime Darby 5-1 Kuala Lumpur
Betaria 0-1 Sarawak
Sabah 1-2 Pos Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami