awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Super: Negeri Sembilan terus buru penamat tiga teratas tewaskan Kedah

Astro Arena
Astro Arena
08/10/2022
21:20 MYT
Liga Super: Negeri Sembilan terus buru penamat tiga teratas tewaskan Kedah
Negeri Sembilan FC meneruskan pemburuan penamat tiga teratas musim ini dengan menewaskan Kedah Darul Aman FC 4-3 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi. -Stadium Astro
NEGERI SEMBILAN 4 KEDAH DARUL AMAN 3
Negeri Sembilan FC meneruskan pemburuan penamat tiga teratas musim ini dengan menewaskan Kedah Darul Aman FC 4-3 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi.
Dengan kemenangan itu, skuad Jang berkenaan, yang kini berada di tangga keempat liga, mengumpulkan jumlah mata yang sama dengan pasukan di tangga ketiga, Terengganu FC, dengan 38 mata dan hanya dibezakan jaringan berbaki dua perlawanan.
Aksi di Paroi itu, yang ditunda sehari berikutan keadaan hujan lebat di venue tuan rumah berkenaan semalam, menyaksikan Matheus Alves terlebih dahulu membuka jaringan buat Negeri Sembilan menerusi rembatan jarak jauhnya pada minit ke-25.
Kedah kemudian memberikan respons dalam waktu kecederaan babak pertama apabila Mahmoud Al Mardi memanfaatkan lorongan Fayadh Zulkifli untuk menyamakan kedudukan sebelum wisel rehat dibunyikan.
Negeri Sembilan kembali menguasai permainan selepas perlawanan bersambung dan memperoleh tiga gol berturut-turut hasil jaringan berganda Gustavo pada minit ke-59 dan 71, yang mengapit penyudah Sean Selvaraj pada minit ke-66.
Bagaimanapun, kem Negeri Sembilan cemas pada penghujung permainan apabila Sanrawat Dechmitr (minit ke-83) Marc Vales (m-90) berhasil merapatkan kedudukan buat Kedah tetapi ia belum cukup untuk menghalang tuan rumah meraih tiga mata penting berkenaan.
Topic Berkaitan
#Liga Super
#Kedah Darul Aman FC
#Negeri Sembilan FC
#Terengganu FC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan