Hasrat Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk mengesahkan kejuaraan Liga Super ketujuh berturut-turut lebih awal tidak kesampaian apabila diikat 2-2 oleh Petaling Jaya (PJ) City FC dalam aksi yang penuh dramatik di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di sini malam tadi.
Beraksi dalam hujan lebat hampir 90 minit, skuad Harimau Selatan membuka jaringan menerusi penyerang profilik negara Safawi Rasid pada minit ke-35, namun pasukan tuan rumah pantas menyamakan kedudukan hanya dalam tempoh dua minit kemudian menerusi D Christie Jayaseelan.
Kemudian skuad kendalian K Devan pula mendahului apabila K Gurusamy menyempurnakan penalti pada minit ke-45, selepas pengadil Muhammad Nazmi Nasaruddin menghadiahkannya kepada PJ City kerana penjaga gol JDT Mohd Farizal Marlias menjatuhkan penyerang import dari Brazil, Washington Brandao.
JDT kendalian Benjamin Mora bagaimanapun bangkit mengikat kedudukan pada masa kecederaan babak pertama menerusi sepakan penalti pemain import dari Argentina, Gonzalo Cabrera, apabila Safawi dikasari di dalam kotak penalti PJ City. Kedua-dua pasukan yang membuat serangan bertali-arus, gagal mendapatkan jaringan pada babak kedua.
Sementara itu, Perak melonjak ke tangga kedua carta selepas berpesta gol ke atas Felda United FC 5-1 di Stadium Perak, Ipoh.
Penyerang kebangsaan, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi muncul wira pasukan apabila meledak empat gol buat skuad Bos Gaurus pada minit ke-17, 46, 69 dan 85, ditambah jaringan Guilherme De Paula pada minit ke-52, manakala skuad pelawat mengurangkan defisit menerusi Nicolas Leandro Velez pada minit ke-62.
Keputusan hari ini menyaksikan JDT terus gah di persada Liga Super dengan 23 mata selepas sembilan perlawanan dengan berbaki dua perlawanan lagi, diikuti Perak (17 mata) dan Kedah (16 mata). Kedudukan ini bagaimanapun boleh berubah selepas aksi di antara Pahang dan Kedah di Stadium Darul Makmur, esok.
Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sah tersingkir ke saingan Liga Premier pada musim hadapan apabila menjadi 'lauk' kepada pasukan Terengganu FC, selepas dibelasah 4-0 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.
Kemenangan itu terhasil menerusi dua gol masing-masing daripada Muhammad Faris Ramli pada minit ketujuh dan 74, serta Lee Tuck pada minit ke-25 dan 45.
PDRM, yang sebelum ini telah dikenakan hukuman pemotongan tiga mata kerana masalah tunggakan gaji, sah tersingkir apabila berada di tangga tercorot dalam kalangan 12 pasukan dengan negatif satu mata selepas sembilan perlawanan, sekali gus tidak dapat mengatasi Felda United yang berada di tempat ke-10 dengan tujuh mata.
Pasukan Liga Premier, Kuala Lumpur mengesahkan kenaikan ke Liga Super dengan mengalahkan Selangor 2, 5-4 di Stadium Bola Sepak Cheras untuk berada di tempat kedua walaupun berkongsi 20 mata dengan pendahulu, Pulau Pinang, tetapi dibezakan dengan kelebihan jaringan.
Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pula, Kuching FA menewaskan pasukan tuan rumah Negeri Sembilan 4-2, manakala Kelantan mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Sarawak United di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 25 2020
Pemain JDT Mohd Fadhli Mohd Shas (tengah) menanduk bola pada perlawanan Liga Super Malaysia 2020 menentang PJ City FC di Stadium MBPJ, Petaling Jaya, 25 Sept, 2020. --fotoBERNAMA
Pelan Industri Sukan kini di fasa akhir - TPM Ahmad Zahid
Kementerian Belia dan Sukan kini dalam fasa akhir membangunkan Pelan Industri Sukan, yang menggariskan strategi dan inisiatif memberi manfaat kepada sektor industri sukan.
Perkembangan upacara pengebumian Joseph Kurup
Bersama wartawan AWANI Borneo di Sabah, Hafiz Mustadi di talian bagi mendapatkan perkembangan terkini.
Letusan Gunung Ruang: Penumpang menunggu dalam ketidakpastian di KIA
Tinjauan di lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) mendapati penumpang me nunggu dalam ketidakpastian susulan pembatalan penerbangan yang berpunca letusan Gunung Berapi Ruang.
Kerajaan Perpaduan umum calon PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan - Zambry
Zambry memaklumkan bahawa pengumuman mengenainya akan dibuat sekitar dua hari sebelum penamaan calon.
200 ulama nusantara dijangka hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei ini
Seramai 200 ulama nusantara dijangka hadir Persidangan Ulama Sedunia yang akan diadakan di Petaling Jaya, Selangor pada 7 dan 8 Mei ini.
Pengecualian sementara borang TM.6 oleh Thailand bantu rangsang pelancongan Perlis
Langkah kerajaan Thailand mengecualikan sementara warganegara asing daripada mengemukakan Borang TM.6 ketika masuk dan keluar dari negara itu dilihat dapat merangsang sektor pelancongan di Perlis.
AWANI Ringkas: Peruntukan pembangkang: Kerajaan setuju secara dasar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lapan anggota FRU didakwa simpan lapan bahagian badan pelanduk tanpa lesen
Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak melebihi RM50,000, dipenjara tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Rasuah: Kakitangan Pejabat Perikanan Perlis direman empat hari
Seorang kakitangan Pejabat Perikanan Perlis direman empat hari untuk membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah secara bulanan daripada sebuah syarikat.
28,531 calon UPKK 2023 raih 8A
28,531 daripada 230,580 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya catat keputusan cemerlang A dalam kesemua lapan mata pelajaran.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.
Saya kecewa, pengurusan Selangor tak beri peluang berbincang - Brendan Gan
Brendan akui kecewa dengan sikap pengurusan Selangor yang tidak memberi ruang perbincangan untuk membolehkannya kekal di kelab itu.
Malaysia sekali lagi tewas 0-2 kepada Oman
Malaysia gagal membalas kekalahan kepada Oman di Muscat pada Jumaat lepas setelah sekali lagi tewas 0-2 dalam saingan Kumpulan D Kelayakan Piala Asia 2026.
Endrick belum tahap Pele
Penyerang muda Brazil, Endrick belum boleh disamakan dengan mendiang Pele, menurut Ketua Jurulatih Brazil, Dorival Junior.
Mentaliti tidak diubah, Liga-M akan terus ketinggalan - Tunku Ismail
Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan Liga Malaysia (Liga-M) akan terus ketinggalan dari segi infrastruktur sekiranya tiada perubahan mentaliti.
Ada lagi pemain import sertai Sang Kenari - Nafuzi
KDA FC belanja ikut kemampuan dan mengamalkan penjimatan seperti mengukur baju di badan sendiri.