awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Super: Safee kecewa penyerang tempatan kurang bermain

Bernama
Bernama
29/03/2023
21:00 MYT
Liga Super: Safee kecewa penyerang tempatan kurang bermain
Safee berkata situasi itu boleh membawa keburukan kepada skuad Harimau Malaya dalam melahirkan penyerang berkualiti. - Foto fail/ BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bekas penyerang kebangsaan Safee Sali hampa apabila penyerang tempatan kurang mendapat minit permainan dalam saingan Liga Super 2023 setakat ini.
Safee yang pernah menyarung jersi Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor berkata situasi itu boleh membawa keburukan kepada skuad Harimau Malaya dalam melahirkan penyerang berkualiti selepas kebanyakan pasukan Liga Super lebih bergantung kepada kudrat penyerang import dalam saingan tersebut.
"Untuk kebaikan pasukan negara saya harapkan akan ada banyak lagi penyerang tempatan diturunkan dalam liga selepas ini.
"Sekiranya penyerang tempatan diturunkan, saya percaya ia dapat meningkatkan keyakinan pemain dari semasa ke semasa," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama Orang Kurang Upaya penglihatan dan orang kerdil anjuran Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM) di sini pada Rabu.
Selepas lima perlawanan Liga Super musim ini, hanya pemain sayap sensasi JDT Arif Aiman Mohd Hanapi yang berjaya mengisi kelompok 10 penjaring teratas dengan berada di tempat ketiga menerusi tiga gol.
Rakan sepasukan Arif Aiman, Fernando Martin Forestieri yang merupakan penyerang kelahiran Argentina mengungguli carta penjaring terbanyak dengan lima gol sehingga kini.
Sementara itu, Safee yang juga Presiden PFAM berkata majlis itu dianjurkan bagi memberi sumbangan termasuk duit raya kepada golongan memerlukan termasuk mereka yang diraikan pada Rabu.
"Majlis ini merupakan peluang kepada kami dan pemain untuk menambah pahala dalam bulan Ramadan yang mulia ini," katanya.
-- BERNAMA
Ikuti artikel menarik Ramadan di sini
Topic Berkaitan
#harimau Malaya
#JDT
#Liga Super
#Puasa 2023
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan