awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
“Nak mohon maaf dengan siapa?" - Fikiran Ziana kosong, Aidilfitri akan terasa sunyi
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82

Liga Super: Terengganu-KL City gagal temui sentuhan penyudah

Astro Arena
Astro Arena
05/03/2023
16:02 MYT
Liga Super: Terengganu-KL City gagal temui sentuhan penyudah
Terengganu FC berjaya mengikat KL City FC seri tanpa jaringan dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, sebentar tadi. - Stadium Astro
TERENGGANU FC berjaya mengikat KL City FC seri tanpa jaringan dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, sebentar tadi.
Peluang pertama perlawanan hadir buat skuad peteh pada minit keenam namun ledakan Adisark Kraisorn gagal melepasi Kevin Mendoza di gawang KL City.
Bagi pelawat pula, ancaman mereka lebih berkesan, malangnya jaringan Paulo Josue dibatalkan ekoran berada dalam kedudukan ofsaid.
Selepas gagal melakukan percubaan pertama, ia tidak mematah semangat Adisark, dia sekali lagi berpeluang menghukum pertahanan KL City di minit ke 27 namun gandingan Mendoza dan Giancarlo Gallifuoco serta Kenny Palraj memastikan kubu pelawat selamat.
Empat minit kemudian, anak buah Tomislav Steinbruckner datang lagi menerusi sepakan percuma namun ia tetap tidak berhasil.
Keputusan kekal tanpa jaringan selepas 45 minit pertama, tapi pelawat menyambung babak kedua dengan lebih garang, apabila Zhafri Yahya hampir memberi kelebihan kepada KL City, hanya untuk Rahadiazli Rahalim cekap menghalangnya.
Asakan bertubi-tubi skuad warga kota berterusan pada minit ke-62 apabila Haqimi Azim cuba memperdaya penjaga gol Terengganu sekali lagi namun tidak menjadi.
Di masa kecederaan, Ivan Mamut nyaris mendapatkan gol kemenangan buat Sang Penyu malangnya Mendoza menunjukkan kekebalannya untuk keputusan kekal terikat tanpa jaringan.
Topic Berkaitan
#Terengganu FC
#KL City FC
#Liga Super
#bola sepak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.