awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lionel Messi mohon maaf kepada PSG

Astro Arena
Astro Arena
06/05/2023
01:15 MYT
Lionel Messi mohon maaf kepada PSG
Reaksi Lionel Messi ketika Ligue 1 Perancis antara PSG dan Lorient, di stadium Parc des Princes, Paris, 30 April 2023. - Gambar fail AP
LIONEL Messi telah memohon maaf secara terbuka kepada Paris Saint Germain berikutan perjalanan tanpa kebenarannya ke Arab Saudi awal minggu ini.
Pemain skuad kebangsaan Argentina itu dilaporkan didenda dan digantung oleh pendahulu Ligue 1 selepas melakukan lawatan promosi ke negara Timur Tengah itu tanpa kebenaran.
Lelaki berusia 35 tahun itu, yang merupakan duta bagi Pihak Berkuasa Pelancongan Saudi, digambarkan di Riyadh pada hari Isnin, sehari selepas pasukannya mengalami kekalahan mengejut kepada Lorient.
Messi berkata dia terpaksa membuat perjalanan atas sebab kontrak setelah membatalkannya sebelum ini, dan mengandaikan dia mempunyai cuti sehari.
Isu itu telah menyerlahkan kemerosotan jelas hubungan antara pemenang Piala Dunia dengan PSG, dengan laporan menyatakan bahawa dia akan meninggalkan kelab itu pada musim panas.
Messi berkata dalam video yang disiarkan di Instagram, “Saya mahu membuat video ini atas semua yang berlaku.
“Pertama sekali, saya ingin meminta maaf kepada rakan sepasukan saya dan kepada kelab. Sejujurnya saya fikir kami akan bebas selepas perlawanan, seperti yang berlaku pada minggu-minggu sebelumnya.
“Saya telah pergi ke Arab Saudi minggu ini, yang telah dibatalkan sebelum ini dan kali ini saya tidak dapat melakukannya. Saya memohon maaf sekali lagi dan saya di sini sedia menerima sebarang keputusan kelab. Semua yang terbaik."
Messi memohon maaf melalui video yang disiarkan di Instagram Story. - Instagram leomessi
Messi memohon maaf melalui video yang disiarkan di Instagram Story. - Instagram leomessi
Messi, pemenang Ballon d’Or tujuh kali, menyertai PSG dalam publisiti yang hebat selepas Barcelona menghadapi masalah kewangan yang teruk dua tahun lalu.
Dia telah dikaitkan dengan kembali ke Nou Camp tetapi secara meluas dianggap kedudukan kewangan pemimpin LaLiga itu menjadikannya tidak realistik. Arab Saudi dan Amerika Syarikat dikhabarkan sebagai destinasi berpotensi lain.
Topic Berkaitan
#Lionel Messi
#Lionel Messi mohon maaf
#Arab Saudi
#PSG
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan