PEMBINAAN litar lumba Horizon Beranang mengambil masa kurang tiga tahun untuk disiapkan yang rangka awal hanya dibuat pada 2022 sebelum pembinaan dimulakan pada Julai 2023.
Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan negeriSelangor, Mohd Najwan Halimi berkata, ia bakal menjadi pusat latihan dan perlumbaan sukan permotoran.
Menurutnya, litar tersebut dibangunkan oleh Horizon Motorsport dengan kerjasama kerajaan Selangor melalui Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).
"Horizon Motorsport merupakan kelab permotoran telah memulakan idea bernas ini untuk membangunkan sukan permotoran bagi membolehkan latihan dan perlumbaan diadakan di sini.
"Litar lumba ini didirikan di tanah seluas 6 ekar dan trek lumba sejauh 1 kilometer dgn 12 variasi litar bergantung kepada keperluan," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Katanya, kerajaan negeri berharap litar ini diuruskan oleh mereka yang memang profesional terhadap sukan permotoran.
"Ini bagi menjamin kesinambungan sukan ini pada masa akan datang dan juga agar litar ini akan melahirkan lebih ramai bakat baru dalam sukan permotoran.
" Apabila litar ini siap sepenuhnya nanti, mereka yang berminat boleh terus menghubungi Horizon Motorsport yang saya yakin mereka sudah mengatur perancangan untuk memanfaatkan litar ini kepada semua," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Apr 03 2024
Gambar pembinaan litar lumba untuk rakyat yang ditularkan sejak minggu lepas.
Rundingan autonomi pelancongan masih berlangsung - Abdul Karim
Rundingan itu penting untuk menyatakan hak Sarawak seperti yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 bagi memasukkan perkara pelancongan.
Perkahwinan Datuk Red, Datin Red berakhir dengan penceraian, sempat bermaaf-maafan
Lafaz cerai talak satu itu dibacakan oleh Adnan atau dikenali sebagai Datuk Red di hadapan hakim syarie, Mohd Nurulazhar Mohd Tohar.
Ketua PBB sedih dengan kematian kakitangannya di Gaza
Setiausaha Agung mengutuk semua serangan ke atas kakitangan PBB dan menggesa siasatan penuh.
OpenAI umum aplikasi desktop untuk ChatGPT, boleh akses pantas ketika lakukan tugasan
Aplikasi desktop ini diperkenalkan terlebih dahulu untuk pengguna berbayar MacOS, dan dijangka diperluaskan kepada pengguna Windows tidak lama lagi.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI turun 1.24 mata kepada 1,601.67 daripada 1,602.29 semalam.
Terpaksa tidur dalam lokap gara-gara tak bawa MyKad
Orang ramai dinasihatkan supaya membawa kad pengenalan diri ke mana sahaja destinasi yang hendak dituju.
Polis tumpas kegiatan proses arak tiruan, rampasan lebih setengah juta ringgit
Secara keseluruhan, 1,683 liter alkohol dirampas dalam serbuan itu selain sebuah kereta jenis Toyota Estima disita.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Dolar AS kekal stabil walaupun terdapat laporan mengenai jangkaan inflasi yang lebih tinggi menjelang pengumuman data penting AS.
Rungutan beras berkurang berbanding peringkat awal - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata rungutan beras berkurangan sedikit berbanding peringkat awal. #AWANInews
Piala Belia: FAM pandang serius insiden gaduh aksi Melaka, Sri Pahang
FAM sudah terima laporan lengkap kejadian yang disifatkan sebagai tidak beradab itu dan akan menentukan bentuk hukuman sewajarnya.
Litar lumba Beranang rancakan sukan permotoran negara
Pembinaan litar lumba Horizon Beranang mengambil masa kurang tiga tahun untuk disiapkan yang rangka awal hanya dibuat pada 2022 sebelum pembinaan dimulakan pada Julai 2023.