Liverpool diarah bayar 'pampasan tertinggi' untuk Harvey Elliott

Astro Arena
Februari 11, 2021 04:45 MYT
Selepas membuat penampilan sulung bersama The Reds dalam EFL menentang MK Dons pada 2019, Harvey Elliott (gambar) diangkat sebagai pemain termuda yang beraksi dalam kesebelasan Liverpool. - Astro ARENA
LIVERPOOL perlu membayar sejumlah "pampasan besar" kepada Fulham berikutan perpindahan pemain B-17 England, Harvey Elliott.
Elliott menandatangani kontrak profesional pertamanya bersama The Reds ketika berusia 17 tahun pada Julai 2020.
Selepas membuat penampilan sulung bersama kelab itu dalam Piala Liga Inggeris (EFL) menentang MK Dons pada 2019, dia diangkat sebagai pemain termuda yang beraksi dalam kesebelasan Liverpool.
Produk Fulham itu telah membuat 13 penampilan bersama pasukan bimbingan Jurgen Klopp berkenaan sebelum dipinjamkan ke Blackburn sepanjang musim ini sejak Oktober 2020.
Dia terbabit dalam 23 perlawanan dan menjaringkan empat gol bersama Rovers musim ini.
Elliott juga pemain termuda Fulham dalam kekalahan 0-1 kepada Wolves dalam EPL pada Mei 2019, selain telah mewakili pasukan kebangsaan B-15, 16 dan 17 tahun.
Kedua-dua kelab bagaimanapun tidak bersetuju dengan nilai perpindahannya hingga mengheret kes itu ke jabatan pengadilan sebelum Jawatankuasa Pampasan Bola Sepak Profesional (PFCC) mengumumakan keputusan berkenaan, hari ini.

A decision has been made regarding the compensation due to Fulham following Harvey Elliott's move to Liverpool. The award is a record amount for a 16-year-old and, in the circumstances, Fulham is very pleased and thanks the PFCC for its careful consideration of our case.#FFC

— Fulham Football Club (@FulhamFC) February 10, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kelab London itu dalam satu kenyataan mendedahkan bahawa mereka "sangat gembira" menerima bayaran pampasan tertinggi kelab berkenaan ke atas pemain berusia 16 tahun.
"Jawatankuasa Pampasan Bola Sepak Profesional hari ini telah membuat keputusan mengenai pampasan yang harus dibayar berikutan perpindahan Harvey Elliott ke Liverpool pada 2019," kata kenyataan itu.
"Di bawah Peraturan Pembangunan Belia, PFCC ditugaskan untuk menilai pampasan yang harus dibayar ke atas seseorang pemain yang meninggalkan akademi pada akhir pendaftarannya, sekiranya ada pihak gagal mencapai kata sepakat mengenai nilai yang mahu ditetapkan.
"Selepas perbicaraan penuh, PFCC memutuskan Fulham berhak mendapat pampasan yang besar.
"Yurannya (yang tidak didedahkan) merupakan jumlah rekod ke atas pemain berusia 16 tahun dan dalam keadaan ini, Fulham amat gembira dan berterima kasih kepada PFCC atas pertimbangan untuk meneliti hujah-hujah yang kami kemukakan."
Sementara itu, pengurus kelab Merseyside berkenaan, Jurgen Klopp, terpaksa akur hajatnya untuk menghadiri majlis pengebumian ibunya yang berusia 81 tahun, Elisabeth, tidak kesampaian memandangkan larangan berkunjung ke Jerman bagi pelawat dari negara yang mempunyai kes mutasi COVID-19 tinggi.
#Liverpool #Fulham #pampasan #kontrak #tandatangan #EPL #jurgen klopp #London #bola sepak #Jerman #COVID-19 #EFL #Piala Liga Inggeris #perpindahan #Harvey Elliott