awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keputusan kes 1MDB Najib esok
SIGGRAPH Asia 2026: Kuala Lumpur lakar sejarah, angkat falsafah 'Human-Centered' dan tema 'Weaving the Future'
JAWI diarah siasat isu lelaki berpakaian menyerupai wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liverpool tenggelamkan kualiti Arsenal, kata Klopp

Astro Arena
Astro Arena
04/04/2021
05:57 MYT
Liverpool tenggelamkan kualiti Arsenal, kata Klopp
Klopp menolak tanggapan bahawa aksi buruk Arsenal itu merupakan sesuatu yang mengejutkan sambil memuji aksi pemainnya. - Reuters
JURGEN KLOPP menggambarkan prestasi buruk Arsenal ketika tewas 0-3 kepada Liverpool dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi adalah disebabkan oleh persembahan dominan pasukannya.
Pasukan juara bertahan itu kini hanya dibezakan dua mata dengan kelompok empat teratas hasil kemenangan di Stadium Emirates itu, di mana pemain gantian, Diogo Jota, menjaringkan dua gol yang mengapit jaringan Mohamed Salah.
Liverpool buntu menemui sasaran sehingga minit ke-64 tetapi mereka mendominasi sepanjang tempoh itu dengan merekodkan 65.4 peratus penguasaan permainan dalam babak pertama.
Arsenal pula hanya mendaftarkan satu percubaan sebelum waktu rehat -- rekod terendah mereka dalam EPL sejak lebih lima tahun lalu -- dan tidak banyak meningkat sebaik perlawanan bersambung dengan menamatkannya dengan hanya tiga percubaan.
Statistik itu menggambarkan aksi buruk pasukan tuan rumah itu di mana penyerang mereka, Pierre-Emerick Aubameyang dan Alexandre Lacazette, lebih banyak berkampung di kawasan sendiri.
Tetapi Klopp menolak tanggapan bahawa aksi buruk Arsenal itu merupakan sesuatu yang mengejutkan sambil memuji aksi pemainnya.
"Saya fikir jawapan kepada persoalan itu adalah prestasi baik pasukan saya.
"Pada lima hingga tujuh minit pertama, permainan agak terbuka -- tidak banyak yang berlaku -- tetapi selepas itu, kami menguasai permainan, dominan, bermain dengan baik.
"Kami melakukannya ketika menentang Arsenal dengan terdapat ancaman untuk serangan balas, jadi apa yang paling penting adalah bagaimana cara kami memberikan tekanan.
"Pada pandangan saya, ia sememangnya sesuatu yang luar biasa. Ia amat penting. Kami menenggelamkan kualiti mereka dengan tekanan yang diberikan,"katanya.
Mikel Arteta -- dalam perlawanan ke-50 dan kekalahan ke-17 selaku pengurus EPL -- memuji persembahan Liverpool tetapi mengakui Arsenal tidak dapat mengelak daripada sebarang kritikan berikutan aksi berat sebelah itu.
"Apabila anda tidak dapat melakukan perkara asas dengan betul ketika berdepan lawan di tahap seperti ini, anda langsung tiada peluang untuk bersaing. Itulah yang berlaku.
"Ia merupakan satu kejutan buat sistem ini kerana kami sentiasa kompetitif ketika berdepan pasukan besar, ketika kami menewaskan Chelsea, ketika kami menewaskan Spurs, ketika kami mengikat Manchester United.
"Tetapi hari ini, mereka bermain dengan amat baik -- pujian buat mereka kerana benar-benar bagus -- tetapi kami bermain dengan amat-amat buruk," katanya.
- StadiumAstro.com \ Muzaffar Musa
Topic Berkaitan
#jurgen klopp
#Liverpool
#Arsenal
#Stadium Emirates
#bola sepak
#EPL
#sukan
#Liga Perdana Inggeris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan