awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua beradik ditahan, guna senjata api buatan sendiri kutip hutang along
Jumlah mangsa banjir menurun, hanya empat PPS masih aktif di Sarawak
Delegasi Hamas tiba di Mesir, bincang pelanjutan gencatan senjata
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liverpool tetap berbisa tanpa Suarez

Astro Awani
Astro Awani
29/04/2013
00:55 MYT
Liverpool tetap berbisa tanpa Suarez
Kemenangan 6-0 terhadap New Castle United membuktikan The Reds semakin positif mahupun penyerang utamanya Luis Suarez digantung sepuluh perlawanan.
Suarez dikenakan hukuman tersebut akibat menggigit lengan pemain pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic.
Dalam pada itu, Suarez dilaporkan gembira dengan kejayaan pasukannya yang menang besar di St James Park.
Pemain pertahanan Liverpool, Glen Johnson juga berkongsikan kegembiraannya menerusi laman Twitter miliknya.
Sementara itu, banyak pihak turut mempersoalkan keputusan Persatuan Bola Sepak England yang menjatuhkan hukuman pergantungan Suarez selama sepuluh perlawanan akibat keganasan yang dilakukan atas padang.
Dalam perlawanan kelmarin, Liverpool mempamerkan aksi cemerlang dan meyakinkan tanpa kelibat Suarez.
Serangan yang bertali arus ke gawang Newcastle menyebabkan pemain pertahan Liverpool berjaya membuka tirai jaringan seawal minit ke-3.
Pelawat kemudian menggandakan kedudukan pada minit ke-17 dengan jaringan Jordan Henderson.
Sturridge antara penyumbang utama apabila berjaya meledakkan dua gol dalam tempoh enam minit sekaligus meletakkan The Reds dalam keadaan selesa di depan dengan empat jaringan secara keseluruhan.
Kurang 2 minit selepas Fabio Borini dimasukkan, penyerang Italy yang kembali daripada kecederaan meledak gol pertama yang juga gol sulung baginya di Liga Inggeris.
Bekas pemain Sunderland, Henderson terus menguris hati penyokong Newcastle dengan gol keenam 14 minit sebelum wisel penamat dibunyikan.
Topic Berkaitan
#Chelsea
#England
#Liverpool
#Luis Suarez
#New Castle
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan