awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LTdL 2023: Zawawi belum 'panas'

Bernama
Bernama
24/09/2023
04:01 MYT
LTdL 2023: Zawawi belum 'panas'
Antara aksi pelumba Skuad Berbasikal Kebangsaan pada siri Jelajah LTdL 2023 peringkat pertama dari Kerteh ke Kuala Terengganu sejauh 187.4 kilometer. - Gambar/ Bernama
KUALA TERENGGANU: Kapten skuad berbasikal kebangsaan Muhammad Zawawi Azman mengakui beliau belum bersedia sepenuhnya apabila tidak berhasil membuka tirai saingan Peringkat Pertama Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, dengan keputusan memberangsangkan, semalam.
Pelumba berusia 29 tahun yang menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-100 daripada 128 pelumba pada Peringkat Pertama Kerteh-Kuala Terengganu, berkata beliau akan segera bangkit mencari rentak dalam mempamerkan kayuhan lebih bertenaga di peringkat seterusnya.
"Di Peringkat Pertama, semua pelumba masih mencari posisi. Sama juga seperti saya kerana sudah lama tidak berlumba.
"Saya akan 'perang' lagilah. Peringkat Kedua hampir sama seperti Peringkat Pertama iaitu saya tidak meletakkan apa-apa sasaran untuk LTdL. Kalau boleh peringkat demi peringkat perlumbaan akan buat sebaik boleh," katanya ketika ditemui.
Zawawi merupakan bekas pelumba Sapura Cycling Team (TSC) selepas pasukan itu dibubarkan pada Jun lepas, kini menjadi antara taruhan utama skuad berbasikal kebangsaan pada LTdL edisi ke-27.
Perlumbaan Peringkat Kedua dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu sejauh 186.2 kilometer (km) hari ini, membabitkan tiga zon pecutan di Bukit Nenas, Bandar Permaisuri serta Peringat selain dua zon pendakian di Setiu dan Pelong.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LTdL
#Zawawi Azman
#peringkat pertama
#prestasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan