awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LTdL 2024: Dataran Lang jadi saksi kemeriahan majlis pengenalan 22 pasukan

Bernama
Bernama
27/09/2024
23:15 MYT
LTdL 2024: Dataran Lang jadi saksi kemeriahan majlis pengenalan 22 pasukan
Pasukan Berbasikal Kebangsaan pada Majlis Pengenalan Pasukan sempena perlumbaan LTdL Malaysia 2024 di Dataran Lang, Langkawi, malam tadi. --fotoBERNAMA
LANGKAWI: Dataran Lang, Kuah di sini kembali menjadi saksi kepada kemeriahan majlis pengenalan 22 pasukan bertanding pada perlumbaan jelajah berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024, malam tadi.
Kali terakhir Langkawi menjadi tuan rumah majlis simbolik sebelum perlumbaan bermula secara rasmi itu adalah pada 2018.
Majlis berkenaan disempurnakan oleh Tunku Mahkota Kedah Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin, dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim.
Sebanyak 132 pelumba yang mewakili 22 pasukan berstatus WorldTeam, ProTeam, Continental, dan pasukan kebangsaan, bakal memberikan saingan sengit pada edisi kali ini. Perlumbaan ini meliputi jarak keseluruhan sebanyak 1,190 kilometer (km) yang membabitkan 10 negeri di Semenanjung Malaysia serta Sarawak.
Perlumbaan LTdL 2024 akan bermula pada Ahad ini di Langkawi untuk Peringkat 1, diikuti Peringkat 2 dari Arau ke Butterworth, Taiping ke Cameron Highlands (Peringkat 3), Kuala Kubu Baru ke Bentong (Peringkat 4), Kuala Lumpur ke Melaka (Peringkat 5), Batu Pahat ke Kulai (Peringkat 6), Miri ke Bintulu (Peringkat 7), dan Bintulu (Peringkat 8).
Perlumbaan Peringkat 1 meliputi jarak 96.5km dari Kuah mengelilingi Pulau Langkawi dengan kesemua pasukan akan menempuh satu pendakian kategori empat di Look Out Point Langkawi selain tiga zon pecut di Harbour Park, Bayas dan Padang Matsirat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LTdL
#jelajah berbasikal
#Langkawi
#pelumba basikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan