ROMELU LUKAKU hadir selaku pemusnah untuk mengesahkan penguasaan Belgium ke atas Panama tiga gol tanpa balas dalam perlawanan pertama masing-masing dalam edisi Piala Dunia FIFA Rusia 2018.
Penyerang Manchester United itu menyusul dengan dua gol selepas voli cantik Dries Mertens membuka jaringan pada minit ke-47 untuk menafikan harapan permulaan indah buat pendatang baru selepas masing-masing terikat 0-0 sepanjang separuh masa pertama.
Selepas melambung bola melepasi kawalan penjaga gol Panama, Jaime Penedo untuk gol ketiga Belgium, Lukaku meraikan bersama rakan-rakan sepasukan, tetapi hanya ada satu di dalam fikiran dan hatinya.
“Mama!,” penyerang berbadan besar tegap itu ke arah kamera sambil melayangkan flying kiss sebelum kembali ke permainan.
BACA: Lukaku jaring dua gol untuk Belgium kalahkan Panama
Terdahulu awal minggu ini, Lukaku berkongsi kisah susah payah kehidupannya dan janji kepada ibunya bahawa dia akan menjadi seorang pemain bola sepak profesional.
“Ada satu masa ibu saya terpaksa meminjam roti daripada sebuah bakeri di hujung jalan. Tukang roti itu sdah kenal saya dan adik saya, jadi dia membenarkan ibu saya ambil sebuku pada Isnin dan bayar balik pada Jumaat.
“Saya sedar yang kami susah. Tetapi apabila dia mencampurkan air dengan susu, saya sedar bahawa ia telah berakhir, anda faham tak maksud saya? Inilah kehidupan kami dahulu.
“Saya tak kata apa-apa. Saya tak mahu dia tertekan. Saya makan sahaja hidangan tersebut. Tetapi saya bersumpah kepada Tuhan, saya berjanji dengan diri saya pada hari itu. Ia seperti seseorang memetik jari dan menyedarkan saya. Saya tahu apa sebenarnya yang perlu saya lakukan, dan apa yang akan lakukan.”
Cerita Lukaku lagi, dia tidak mahu lagi melihat ibunya hidup dalam keadaan begitu dan dia tekad untuk mengubahnya.
“Dalam bola sepak, orang suka berkata tentang kekuatan mental. Sayalah orang yang paling kuat yang anda akan temui. Kerana saya ingat duduk di dalam gelap dengan adik dan ibu saya, berdoa, dan berfikir, percaya, mengetahui…ia akan berlaku.
“Saya simpan janji saya buat seketika, namun kemudian ada hari saya pulang dari sekolah dan mendapati ibu saya sedang menangis. Jadi akhirnya saya katakan padanya, ‘Ibu, ia akan berubah. Ibu akan saksikan. Saya akan bermain bola sepak untuk Anderlecht, dan ia akan berlaku tak lama lagi. Kita akan bahagia. Ibu tak perlu risau lagi’,” kata pemain berusia 25 tahun itu kepada The Players’ Tribune.
Kini, Lukaku bermain untuk Manchester United, antara kelab paling berpengaruh di dunia dan menjadi antara penyerang yang amat digeruni lawan.
Dalam kempen Piala Dunia di Rusia kali ini, dua gol Lukaku menentang Panama meletakkannya sebaris Diego Costa dari Sepanyol dan kapten England, Harry Kane sebagai penjaring gol kedua terbanyak setakat ini, di belakang sensasi Portugal, Cristiano Ronaldo yang telah meledak tiga gol ketika pertemuan menentang Sepanyol.
Israr Khalid
Tue Jun 19 2018
Kini Lukaku antara penyerang yang amat digeruni lawan. - Foto Reuters/Marcos Brindicci
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Bekas pemain Manchester United jadi posmen
Dia hanya bermain dua perlawanan untuk pasukan utama United di bawah kendalian Sir Alex Ferguson sebelum ke Sheffield Wednesday pada 2015.
Romelu Lukaku antara lima pemain Belgium dilepaskan pulang
Belgium menghuni tangga ketiga dalam Kumpulan A2 berikutan kekalahan 1-0 kepada Itali dalam aksi terdahulu.
Liga Negara-Negara UEFA: Itali dan Perancis mara ke suku akhir
The Azzurri menewaskan Belgium 1-0, dengan Sandro Tonali menjaringkan gol antarabangsa pertamanya.
Euro 2024: Perancis tewaskan Belgium untuk mara ke suku akhir
Perancis mengesahkan slot ke suku akhir selepas memanfaatkan gol sendiri Jan Vertonghen dalam kemenangan 1-0 ke atas Belgium pada pusingan 16 Euro 2024 di Merkur Spiel-Arena, Dusseldorf pada Isnin.
Kalah teruk dalam pilihan raya EU, PM Belgium letak jawatan
Alexander De Croo meletakkan jawatan selepas partinya mengalami kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Parlimen Eropah (EU).
Olimpik Paris: Nur Aisyah berkampung di Belgium
Pelumba berbasikal lebuh raya wanita negara, Nur Aisyah Mohamad Zubir bakal berada di Belgium mulai 25 Mei ini menjelang Sukan Olimpik Paris 2024.
Euro 2024: England hilang khidmat Harry Maguire, Kyle Walker
Pada Sabtu, anak buah Gareth Southgate itu mengalami kekalahan pertama mereka dalam tempoh 15 bulan.
Mohamad Hasan hadir AEMM ke-24 dan EU IPMF ketiga di Brussels
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN-Kesatuan Eropah (AEMM) kali ke-24 di Brussels, Belgium.
Belgium ikrar sokong kes genosid difailkan Afrika Selatan terhadap Israel
Menteri itu berjanji akan meneruskan komitmen untuk memastikan penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dengan segera di semua peringkat.
Belgium tidak boleh berdiam diri lihat keganasan Israel di Gaza
Belgium harus ikut langkah Afrika Selatan mohon ICJ menyiasat jenayah genosid yang didakwa dilakukan oleh Israel di Gaza.